Thursday 26 September 2013

LELAKI DIPERLAKUKAN SEPERTI ANJING

AKIBAT GEMAR ONANI DAPAT ZURIAT DENGAN JIN!





KISAH BENAR AKIBAT ONANI MELANCAP DAPAT ANAK DENGAN JIN | Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.

Anak-anak jin Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat. Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada? Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya. 

Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia. Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak. 

Kata Azan kepada saya, 

“Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun. Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”

Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”

“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang Azan lagi.

Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?. 

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat agama. Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini. 

Firman Allah : 

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38) “Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)

WalLahHu Ta’alaa A’lam..

KERANA TERLALU YAKIN DENGAN PENAMPILAN DIRI!





GAMBAR BULU-BULUAN YANG SUPER BADASS | Inilah yang terjadi sekiranya anda terlalu yakin dengan penampilan diri anda. Apa-apapun, anda semua sememangnya terlalu yakin dengan penampilan diri anda.

FAKTA KENAPA LELAKI DIHARAMKAN MEMAKAI EMAS!





KENAPA LELAKI HARAM MEMAKAI EMAS | Tahukah anda pemakaian emas oleh golongan lelaki boleh menyebabkan penyakit Alzheimer? Kajian menarik ini mampu membuka mata anda mengapa islam mengharamkan pemakaian barangan berunsur emas oleh lelaki. Inilah manfaat yang kita perolehi dari pengharaman pemakaian emas seperti rantai emas, gigi emas, cincin emas, subang emas dan sebagainya.
Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda, 

”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” 

[HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih] 

1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah. Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu.

Begitu pula dengan larangan lelaki memakai perhiasan dibuat dari emas termasuk emas putih. 

Secara perubatan, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia.

Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesan yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “). 

Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti anak kecil.

Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas?

Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran. 

Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.

Wallahualam

cara-nak-melihat-kembar-qarin-anda


Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.

Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?

Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.

P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!

KANTOI TINGGAL SEBUMBUNG HAMPIR 10 TAHUN





KISAH BENAR BERSEKEDUDUKAN HAMPIR 10 TAHUN | BATU PAHAT – Tindak-tanduk seorang wanita berusia 29 tahun yang sering kali berulang-alik ke rumah kekasihnya yang bukan Islam menimbulkan tanda tanya penduduk sekeliling selama ini  akhirnya terbongkar.

Kelakuan sumbang pasangan berkenaan terbongkar apabila kediaman lelaki itu yang terletak di Jalan Mustafa, di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi semalam, oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat.

Turut menyertai serbuan itu adalah anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan yang didakwa  bersekedudukan hampir 10 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan kerjasama  dengan mendiamkan diri.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dipujuk, wanita terbabit akhirnya akur dan keluar dari bilik seterusnya menceritakan situasi sebenar.

“Wanita itu dipercayai bersekedudukan dengan kekasihnya yang bukan Islam di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu. Wanita itu juga mengakui tidak lagi mengamalkan ajaran Islam seperti solat dan  sebagainya,” katanya, di sini.

Saiful Ariffin berkata, hasil  pemeriksaan lanjut dalam sebuah  bilik di kediaman pasangan berkenaan mendapati seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang nyenyak tidur.

Menurutnya, wanita terbabit turut mengakui kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan kekasihnya.

Mengikut surat beranak yang disertakan, anak itu tidak berbinkan kepada sesiapa dan pihaknya percaya dia adalah anak tidak sah taraf.

Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat agama yang dianuti kanak-kanak berkenaan.

“Setakat ini, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 23(1)(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997 dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai berhubung  kesalahan yang dilakukan

“Kita menasihatkan agar  keluarga memainkan peranan  penting bagi mengelak anak tersasar jauh daripada ajaran Islam,” katanya.

Saiful Ariffin memberitahu,  operasi itu bertujuan membendung kegiatan sumbang yang semakin  menular dalam kalangan anak muda sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, tertumpu kepada aduan orang ramai, hotel bajet dan  kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti itu.

KAMARUL HALIM M KAMAL/Sinar Harian

Tergugat Iman Awek Padang Merbok






oh tidak!!! aweq2 ni nak basuh moto @ nak tayang body,,,


image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...