Tuesday, 18 June 2013

GEMPAR! BERITA KAHWIN MURAH DENGAN GADIS SYRIA ADALAH PALSU

BERITA KAHWIN DENGAN GADIS SYRIA SERENDAH RM120 ADALAH PALSU | Heboh hari ini di laman sosial facebook mengenai tawaran perkahwinan dengan gadis Syria semurah RM120 atau 40 USD di Mesir.
Seperti biasa, berita hangat seperti ini cepat tersebar di setiap pelusuk wall facebook. Laju je tangan like dan komen.
Walaupun tiada usul periksa tentang kesahihan berita yang diterima.
Apakah isu perkahwinan ini lebih besar daripada isu Umat Sunni di Syria yang ditindas?
BERITA YANG TERSEBAR MENGENAI KAHWIN ANAK DARA SYRIA ADALAH,
PENGUMUMAN PENTING!!
PENGUMUMAN!!!
Ikhwan mesir umum utk sesiapa yg sanggup utk ambil muzslimat syria sbg isteri hanya usd 40 shj..sekarang ramai berada d masjid2 di sekitar kaherah..masih muda2 lg lingkungan 15-20..berrminat sila beri nama ke Ust Azizul : 0199544780..Haaaa!!..Mari2 kita kawin ramai2
Mahar – Rm120
Airfare nak bawak dtg sini – Rm2000
Kenduri Kecik2 amik catering ngan 200 org x rm10 – Rm2000
Kadi + paperwork – Rm300
Total – Rm4420
TUNGGU APA LAGI???
Berikut penjelasan dari Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria.
PENJELASAN
Berita yang tersebar bahawa Ikhwan Muslimin Mesir menawarkan perkahwinan dengan wanita Syria adalah tidak benar.
Apa yang kami musykilkan, mengapa apabila isu perkahwinan, ramai pula yang sanggup dan sebarkan walaupun berita belum sahih. Sehingga perbincangannya terpesong jauh dan lari dari niat yang asal.
Tetapi kenapa apabila diajak bersama-sama solidariti bersama rakyat Syria, kurang mendapat sambutan.
Moga kita tidak lari dari niat yang asal dan moga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
PENTING!
Berkenaan berita yang tersebar bahawa ada tawaran kahwin wanita Syria daripada Ikhwan Muslim palsu dan nama Ustaz Azizul yang disabitkan tersebut adalah fitnah.
Ada individu yang menggunakan nama ustaz tersebut untuk membuat fitnah. Moga rakyat Malaysia lebih prihatin apabila ingin menyebarkan sebarang berita.
Sekarang adalah zaman fitnah. Mohon sebarkan untuk perbetulkan perkara yang sebenar.

No comments:

Post a Comment