Wednesday, 31 July 2013

ISU VIDEO HINA ISLAM 1 HARI DI HARI RAYA : CHETZ YUSOF ENGGAN MINTA MAAF





ISU VIDEO HINA ISLAM 1 HARI DI HARI RAYA : CHETZ YUSOF ENGGAN MINTA MAAF - BUAT LAPORAN POLIS KERANA DIANCAM BUNUH | Pembikin video kontroversi bersama anjing peliharaannya, Chetz Yusof atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof bertegas tidak akan memohon maaf.

Ini kerana dia menganggap apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan.

Memetik sumber berita Astro Awani, Chetz berkata;

”Saya tiada niat untuk menghina Islam dan saya tidak akan memohon maaf untuk sesuatu yang saya anggap bukan satu kesalahan”.

Chetz turut berpendapat bahawa video itu bukan kesalahannya ataupun tanggungjawabnya sekiranya orang ramai tersalah faham tentang maksud sebenar video itu.

”Jikalau saya memohon maaf untuk video itu, ia bermaksud saya bersetuju bahawa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Video itu bukan menghina Islam.

” Membuat tuduhan bahawa saya ingin menghina Islam ialah seperti memfitnah saya,” katanya.

Selain itu, jurutera berusia 38 tahun ini juga berasa bimbang dengan keselamatan diri, anjing-anjingnya serta keluarganya selepas menerima ancaman bunuh menerusi SMS.

”Saya telah membuat laporan polis semalam tentang orang-orang yang telah memuat naikkan video itu semula dan menuduh saya menghina Islam.

”Hari ini saya akan membuat lagi satu laporan polis mengenai ancaman bunuh yang saya terima,” jelasnya lagi.

Video yang berdurasi 1 minit 44 saat itu memaparkan Chetz memakai Baju Melayu hitam, membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula.

Kemudian dia mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk haiwan-haiwan tersebut.

Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga” dengan gambarnya duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Zoo yang mempamerkan orang kulit hitam



Biasanya Zoo adalah tempat pameran haiwan-haiwan liar dari serata dunia. Tapi lain pula Zoo yang pernah wujud dari abad 18 hingga 19 ini, mempamerkan manusia kulit hitam sebagai tayangan kepada para penonton.

Zoo rasis ini wujud di Eropah dengan tujuan untuk menunjukkan rupa sebenar orang Negro. Dalam Zoo ini dibina sebuah perkampungan yang serupa dengan kediaman asal mereka untuk menunjukkan keadaan sebenar Afrika.









Zaman dah berubah, sekarang tiada tinggi rendah martabat sesuatu bangsa lagi .

Tuesday, 30 July 2013

Ribuan Tentera Israel Bunuh Diri


Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah,
TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja.Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.
“Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.
“Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.
“Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.
“Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.
“Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
“Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.
“Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya,” kata Bleich.
Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
“Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri,” katanya.
sumber: Kosmo!

Fakta tentang lelaki


Fakta tentang lelaki . Betulkah?
1.       Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2.      Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3.      Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4.      Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5.      Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6.      Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7.      Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8.      Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9.      Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10.  Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11.   Lelaki juga akan menangis.
12.   Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13.   Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14.  Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15.   Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16.   Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17.   Lelaki amat sayang ibu mereka.
18.   Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19.   Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20.  Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21.   Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22.  Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23.  Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24.  Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25.  Lelaki lebih banyak berfikir.
26.  Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27.  Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28.  Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29.  Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30.  Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
31.   Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32.  Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33.  Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34.  Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35.  Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36.  Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37.  Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Nak kena jentik lagi...??



Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego
lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda
mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda
ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai
giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh
panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu
pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya
dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini
telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang
dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan
bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la
agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti
hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka
bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

Aksi Guru Dan Pelajar Dalam Bilik Pengetua. . .



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of.
It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hahahaha

[ Resipi ] Gambar Step-By-Step : Cara Membuat Mini Pavlova Yang Enak!



Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu Pavlova. Pavlova merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari New Zealand dan nama Pavlova itu digunakan sempena nama seorang balerina Anna Pavlova. Pavlova mula mendapat tempat di hati para penggemar pemanis mulut di Malaysia sekitar 2-3 tahun lepas dan mungkin ramai yang kurang arif cara membuatnya.


Kami nak kongsikan resipi membuat pavlova step -by -step ini.

Bahan-bahan
Meringue Pavlova ( yang berwarna putih tu )
  • 6 biji telur ( bahagian putih telur )
  • 1 cawan ( 200gram ) gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu cuka putih
1 sudu tepung jagung / cornstarch
Bahan hiasan :
  • Krim putar
  • Buah-buahan
  • Coklat cair
Cara-cara membuat :
1. Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan cookie sheet/ cooking sheet di atasnya.
2. Di dalam mixer, ( kelajuan sederhana ) , pukul putih telur sehingga berbusa/ berbuih putih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul/putar pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan berkilat.
Bagaimana nak tahu gula sudah sebati di dalam meringue tadi? Ambil sesudu meringue dan letakkan di jari anda kemudian rasa menggunakan hujung jari . Pastikan tiada gula yang belum cair atau hancur. Bagaimana nak tahu meringue itu padu? Ambil meringue menggunakan sudu atau spatula, kemudian terbalikkan. Jika meringue tadi tidak jatuh, maka ianya sudahpun padu. Pastikan semasa memukul bahan tadi, bahan tidak terkena air ok.
3. Kemudian, masukkan esen vanila, cuka dan juga tepung jagung di atas sebatian meringue tadi. Menggunakan senduk, gaul rata bahan tadi perlahan-lahan.
4. Menggunakan sudu/senduk, letakkan meringue di atas cooking/cookie sheet tadi dengan berhati-hati mengikut saiz yang anda suka. Pastikanbahagian tengah meringue agak leper,jadi mudah untuk anda meletak krim putar di atasnya nanti apabila nak menghias pavlova anda.
4. Bakar selama 60-75 minit sehingga bahagian luar kering dan agak rapuh dan warna bertukar menjadi putih krim pudar. Tutup ketuhar anda dan biarkan ia sejuk dengan suhu bilik. Bahagian luar meringue akan berasa lembut apabila disentuh atau jika ditekan perlahan-lahan,. Ia akan meretak sedikit kerana ia menyejuk pada suhu bilik tetapi jangan risau, tekstur dalam meringue itu sendiri akan menjadi lembut dan seperti marshmellow apabila dimakan.
5. Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova anda.

Setakat itu sahaja Resepi Pavlova yang Mudah dari portal online, Wanista.

Kehebatan Laungan Azan 24 Jam di Seluruh Dunia



Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkanazan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini,Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Tukang Tato Geng Mafia Kini Bergelar Imam


Dilihat dari namanya saja, sudah dapat diketahui bahawa ia adalah orang Jepun. Dengan berambut panjang dan tubuh penuh tatu,dia pernah menjadi tukang tato para anggota ahli geng mafia Jepun, Yakuza, geng paling ditakuti di Jepun itu.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu telah berubah. Takazawa kini menjadi Imam sebuah masjid di Ibukota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa mencantumkan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Perkenalannya dengan Islam secara tidak sengaja terjadi di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan turban warna suci. "Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya seperti dilansir islamicmovement.org.

Kalimat itu ternyata Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tak paham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelumnya Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang serba putih itu menginbau di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu kembali dengan sosok inspirasinya itu. "Ternyata dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di wilayah Shinjuku. Sebelum itu, dia melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Makkah. Nama Takazawa menjadi terkenal lantaran dia menjadi satu di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Kolam Renang Semulajadi Di Bawah Tanah



Kolam Renang di bawah tanah Di Utah. Di Utah ada kolam renang paling gelap. Mengapa demikian?
Ini kolam renang benar-benar gelap kerana itu di dalam kubah batu kapur. Hanya 17 meter di bawah tanah. Kolam renang sangat unik kerana hampir tidak ada kolam lain seperti ini. Suhu di kolam renang selalu tetap hangat. Suhu disimpan kira-kira 35 darjah celcius. Kolam ini terletak di kawasan ski di Utah Homestead Centre.

Homestead Crater di Utah, Amerika Syarikat, menyediakan kolam air panas semulajadi di dalam kawah gunung kapur. Kolam itu ada sejak 10,000 tahun yang lalu dan ia adalah satu-satunya kolam renang yang diletakkan di kawasan bawah tanah. Kerana lokasi ini unik, ramai pelancong melawat destinasi eksotik ini untuk menikmati air.

Terselip di pergunungan Wasatch megah, Homestead Utah Resort menawarkan alternatif menarik untuk resort tradisional Park City Utah. Delight di persekitaran yang menakjubkan, keramahan ramah, dan array yang tak terbatas kegiatan menarik.Hotel resort empat musim ini terletak di tengah-tengah "Alps Utah," menawarkan penginapan yang elegan, kemudahan mesyuarat, padang golf kejohanan 18 lubang, menunggang kuda, berbasikal gunung, ski, dan giring rides. Pengalaman Kawah Homestead, di mana anda boleh berenang, snorkeling, menyelam, atau mengambil mineral mandi hangat di dalam sebuah gua batu kapur 55-kaki.sumber






Pencuci Muka Cecair atau Sabun Buku?



Mana satu pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda? Adakah sabun buku atau pencuci muka berbentuk cecair. Sebelum memilih salah satu daripada keduanya, mari kita lihat tips memilih pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda.
nick-nashram-pencuci-muka-lelaki
Pencuci Muka cecair atau Sabun buku?

Sabun buku/ Sabun bar Sabun ini biasanya lebih murah berbanding sabun cecair dan mempunyai banyak buih. Walaubagaimanapun, sabun jenis ini boleh menganggu keseimbangan pH normal kulit kerana kealkaliannya yang lebih tinggi dan sedikit berasid (pH rendah).

Nilai alkali yang telalu tinggi boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Jadi, sabun buku akan membuatkan jerawat anda menjadi semakin teruk. Ia turut menjadikan kulit anda lebih kering.

Sekiranya anda memang terbiasa menggunakan sabun jenis bar atau buku, carilah sabun yang lembut serta tidak kering seperti Purpose Gentle Cleansing Bar dengan glisterin atau Cetaphil Gentle Cleansing Bar yang tidak beralkali. Di samping itu, cuba L'Occitane Shea Butter Milk Extra Gentle Soap yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan mentega shea.

Sabun cecair/ Pembersih muka cecair Harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan sabun bar namun ia lebih sesuai dengan kulit wajah anda dan lebih dekat dengan nilah pH normal.

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, cuba pilih gel atau pembersih yang berbuih untuk menghilangkan segala minyak dan sisa solekan yang masih terlekat di wajah anda. Selain itu, kulit juga tidak akan kering. Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat yang tidak serius, gunalah Aveda Outer Peace Foaming Cleanser dengan asid salisilik untuk menutup liang pori.

Untuk masalah kulit kering dan sensitif, cari pembersih berasaskan susu atau krim seperti Cetaphil Original Gentle Skin Cleanser, Olay Definity Illuminating Cream Cleanser atau Shiseido Pure Cream Cleanser

3 Tanda PEREMPUAN Yang Baik MARUAHNYA



Wanita adalah hiasan dunia. Hiasan dunia yang paling cantik adalah wanita yang SOLEHAH dan baik MARUAHNYA. Mari kita tambah sedikit ilmu untuk dijadikan sebagai panduan kepada yang bergelar isteri dan akan bergelar isteri kelak.
13 Tanda PEREMPUAN Yang Baik MARUAHNYA

1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya, iaitu:
  • Dengan suaminya bersopan-santun dalam segala percakapan dan tindakannya.
  • Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-memaki dan berbahasa kesat).
  • Dengan ibu-bapanya bersopan-santun, beradab.
  • Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mengata- mengata serta memfitnah.
2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang  lain.

5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.

8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.

9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.

10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga.

11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

12. Segala tingkah laku perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.

13. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam setiap waktu terutama selepas Solatnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.
(HR At-Tirmidzi).


Rasulullah bersabda, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.
(HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim).


Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?" Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya".
(HR al-Hakim).


WALLAHUALAM!

Sumber: panduanislam (13 Tanda PEREMPUAN Yang Baik MARUAHNYA).

Perkara yang anda perlu tahu ketika JATUH CINTA



Helo my sweet hunny bunnies?


Perkara yang anda perlu tahu ketika JATUH CINTA ! Ini adalah fakta ye bukan auta semata-mata..

perkara yang anda perlu tahu ketika jatuh cinta

1. Suatu ketika dahulu, peluh adalah salah satu ramuan utama yang digunakan untuk membuat minyak wangi      dan potions cinta.

2. Montezuma, ketua Mexico menganggap coklat  ialah "love drug" dan beliau minum 50 cawan coklat setiap hari sebelum beliau melawat Harem yang mempunyai 600 wanita.

3. Ahli-ahli sains berpendapat bahawa kebanyakan orang akan jatuh cinta kira-kira tujuh kali sebelum kahwin.

4. Sesetengah individu yang mendakwa tidak pernah mempunyai rasa cinta romantik menderita dari hypopituitarism, penyakit yang jarang berlaku yang tidak membenarkan seseorang untuk merasakan keghairahan daripada cinta.

5.Putus cinta sering membawa kepada "tarikan kekecewaan," yang menyebabkan seorang individu semakin cinta terhadap orang yang memutuskan cinta itu.

6. Istilah "cinta" berasal dari perkataan Sanskrit iaitu lubhyati, yang bermaksud keinginan.

7.  Cincin pertunangan selalu dipakai pada jari keempat tangan kiri kerana orang Greek purba menegaskan bahawa jari tersebut mengandungi amoris vena, atau "urat cinta," yang berjalan lurus ke jantung. Cincin perkahwinan pertama direkodkan muncul di Mesir purba, dengan bulatan yang mewakili cinta selamanya.

8. Cecair air mani berpotensi menyumbang kepada cinta romantis.Laporan menunjukkan bahawa cecair yang mengelilingi sperma mengandungi dopamine ("bahan kimia keseronokan") dan norepinephrine serta tyrosine, asid amino yang diperlukan otak untuk mengeluarkan dopamine.

9. Simbol yang mewakili kasih sayang, Cupid (atau Eros) dikatakan  telah datang dari 'Chaos' dan mewakili kuasa-kuasa primitif kasih sayang dan keinginan.

10. Perkataan "lesbian" berasal dari Pulau Lesbos di Greek, di mana Sappho, seorang penyair wanita yang terkenal telah membuat satu sajak untuk kekasihnya yang juga seorang wanita.

11. Bunga ros adalah simbol kepada cinta. Tetapi ianya bergantung kepada warnanya kerana setiap ros mewakili rasa cinta yang berbeza. Sebagai contoh, mawar merah menunjukkan cinta sejati. Merah jambu menunjukkan keinginan, dan minat. Merah jambu gelap menunjukkan rasa terima kasih. Mawar kuning boleh bermakna persahabatan atau iri hati.

jatuh cinta


12.Lelaki Eropah tanpa disedari sering mencari wanita dengan ukur lilitan pinggang adalah 70% daripada pinggul mereka.

13. Apabila seseorang jatuh cinta, kawasan berkenaan ventral tegmental dalam otak akan membanjiri caudate nucleus dengan dopamin. caudate nucleus kemudiannya menghantar isyarat untuk dopamine yang lebih banyak( semakin tinggi paras ​​dopamin, semakin seseorang itu merasa di awang-awangan. Sistem yang sama diaktifkan apabila seseorang mengambil cocaine.

14.Apabila seseorang berjumpa dengan cinta baru, litar saraf yang biasanya dikaitkan dengan pertimbangan sosial dalam keadaan tertekan. Ini menjawab persoalan mengapa anda kelu atau gugup apabila berjumpa dengan seseorang yang anda sayangi.

15.Sejak zaman purba Greek, epal telah menjadi simbol cinta. Orang-orang Celt percaya bahawa epal mewakili cinta kerana ia kekal lama apabila dipetik berbanding dengan buah lain.

16.Satu kajian ke atas pelajar-pelajar kolej yang baru sahaja putus cinta menunjukkan mereka mempunyai aktiviti yang kuat di dalam otak yang berkaitan dengan korteks sempit, iaitu bahagian otak yang mengawal rasa kesakitan fizikal.

17. "Four-leaf Clover" sering dianggap sebagai nasib baik, tetapi ia juga sebahagian daripada ritual cinta Ireland. Di sesetengah tempat di Ireland, jika seorang wanita makan "Four-leaf Clover" sambil berfikir tentang seorang lelaki, kononnya lelaki tersebut akan jatuh cinta padanya.

18. Kajian menunjukkan bahawa jika seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita yang dalam keadaan bahaya (dan sebaliknya), seperti di atas jambatan menggeletar, dia lebih cenderung untuk jatuh cinta kepadanya daripada jika dia bertemu dalam suasana yang lebih biasa, seperti di dalam  pejabat.

19. Halangan dan rintangan sering kali merupakan satu elemen penting dalam cinta. Kadang-kadang dipanggil "kesan Romeo dan Juliet,", cabaran atau halangan mungkin untuk memperhebatkan keghairahan seseorang terhadap yang tersayang.

20. Lelaki dan wanita dengan wajah-wajah yang sangat simetri cenderung mempunyai lebih banyak kekasih untuk dipilih. Wanita juga cenderung untuk mempunyai lebih banyak kepuasan dengan lelaki berwajah simetri.

21. Masa secara lazim mempengaruhi cinta. Seseorang adalah lebih berkemungkinan untuk jatuh cinta jika mereka mula mencari sesuatu yang baru dalam hidup, keinginan untuk meninggalkan rumah, kesepian, berseorangan di tempat asing, melangkah ke peringkat baru kehidupan sama ada secara kewangan dan psikologi, serta bersedia untuk berkongsi hidup atau memulakan sebuah keluarga.

22.Wanita di seluruh dunia adalah lebih berkemungkinan untuk jatuh cinta dengan mereka yang mempunyai cita-cita, pendidikan, kekayaan, kemashyuran, pangkat, mempunyai 'sense of humor' lebih tinggi daripada dirinya. Semasa ovulasi, wanita menjadi lebih berminat pada lelaki yang tampil maskulin.

23.Lelaki yang asyik bercinta menunjukkan aktiviti yang lebih pada bahagian visual otak, manakala wanita yang asyik cinta menunjukkan aktiviti yang lebih pada bahagian otak yang mengawal memori.

24. Dianggarkan bahawa 40-70% daripada kes pembunuhan wanita dilakukan oleh kekasih dan pasangan suami isteri.

25. Dalam satu tinjauan  di Amerika, 60% lelaki Amerika yang telah berkahwin berkata mereka telah tidak setia, berbanding dengan 40% daripada wanita Amerika.

26. Daun maple adalah simbol cinta di China dan Jepun dan di Amerika Utara, ia sering diukir di atas katil oleh pengukir suatu ketika dahulu untuk menggalakkan tidur yang aman dan tenang.

27. Ahli-ahli sains berpendapat bahawa dengan merenung ke mata orang adalah faktor penting yang membuatkan seseorang itu jatuh cinta. Dalam satu eksperimen, perempuan dan lelaki yang saling tidak mengenali antara satu sama lain telah ditempatkan bersama-sama di dalam sebuah bilik selama 90 minit  dan membiarkan mereka bercakap mengenai perkara-perkara perbadi dan kemudian merenung ke dalam mata masing-masing tanpa bercakap. Mereka kemudiannya merasakan tarikan yang mendalam antara satu sama lain, dan mereka berkahwin 6 bulan kemudian.

28. Nafsu keinginan untuk jatuh cinta sama seperti nafsu seks dan kelaparan.

29. Otak yang mengawal kasih sayang dan otak yang mengawal nafsu adalah tidak sama. Gambar lucah mengaktifkan hypothalamus (yang mengawal lapar dan dahaga) dan amygada (ransangan) sekitar kawasan otak. Cinta mengaktifkan kawasan otak dengan kepekatan tinggi reseptor untuk dopamine (dikaitkan dengan keghairahan, keinginan, dan ketagihan) dan norepinephrine.

30. Banyak budaya menggunakan ikatan knot sebagai simbol cinta abadi yang tidak mempunyai pengakhiran. Dahulu, wanita Islam muda akan menghantar mesej cinta kepada kekasih mereka yang mempunyai knot.

31. Masa bercinta yang lebih panjang sebelum berkahwin, mempunyai peluang cerah untuk perkahwinan yang lama. Orang yang popular pula lebih cenderung untuk bercerai.

32. Cinta tidak semestinya jaminan bahawa perkahwinan akan kekal. Faktor-faktor lain umur setiap pasangan (satu suami yang adalah sembilan tahun atau lebih tua daripada isterinya atau yang berkahwin sebelum umur 24 tahun adalah lebih berkemungkinan untuk bercerai), orang-orang yang berkahwin untuk kali kedua atau ketiga, orang-orang yang mempunyai kanak-kanak sebelum berkahwin, dan faktor kewangan.

33. Cinta romantis hanya mampu bertahan lebih kurang setahun, mungkin kerana otak tidak boleh selama-lamanya mengekalkan keadaan romantis. Untuk memastikan keghairahan tersebut berkekalan, pakar-pakar mencadangkan melakukan aktiviti-aktiviti yang memuaskan dan menarik bagi setiap pasangan.

34.Tahap testosteron yang tinggi boleh menekan oxytocin dan vasopressin (bahan kimia yang dikaitkan dengan kasih sayang), yang mungkin menjelaskan mengapa orang-orang yang mempunyai paras testosterone yang lebih tinggi cenderung untuk tidak berkahwin, suka mendera pasangan selepas berkahwin, dan meminta cerai. Apabila seorang lelaki memegang bayi, paras testosteron akan turun, mungkin kerana hasil daripada peningkatan oxytocin dan vasopressin.

35.   Wanita sering berasa disayangi apabila bercakap bersemuka dengan pasangan mereka, lelaki, sebaliknya, berasa emosi dekat apabila mereka melakukan sesuatu bersama-sama dan bercakap secara bersebelahan.

36. Untuk kekal dalam cinta untuk seumur hidup, ahli terapi menasihati pasangan untuk mendengar secara aktif luahan pasangan anda, bertanya soalan, memberi jawapan, menghargai, kekal menarik, semakin bijak, memberinya / privasi beliau, jujur ​​dan boleh dipercayai, beritahu pasangan anda apa yang anda perlukan, menerima / kelemahan masing-masing, hormat, tidak pernah mengancam untuk berpisah dan berkata "tidak" kepada mendua.

37. Lelaki lebih cenderung berbanding wanita untuk fleksibel dalam pilihan romantis mereka ketika mereka menjalin hubungan jangka pendek. Tetapi mereka lebih  memilih apabila ingin mencari seseorang yang ingin dijadikan teman hidupnya.

38. Satu kajian yang dilakukan mendapati pasangan di seluruh dunia lebih cenderung untuk bercerai dalam masa 5 tahun yang pertama selepas mereka berkahwin. Selepas daripada itu, perkahwinan akan mula stabil sehinggalah lebih kurang tahun ke 8 bersama.

39.Bercinta mewujudkan tahap dopamine dan norepinephrine yang tinggi. Berputus asa yang berkaitan dengan cinta yang tak berbalas dikaitkan dengan tahap yang dopamine yang rendah. Untuk meningkatkan dopamin, mereka yang ditolak cintanya perlu bersukan. Cahaya matahari adalah satu lagi 'mood lifter', dan tersenyum juga mampu mengaktifkan laluan saraf yang boleh memberi perasaan tenang.

40.Salah satu ramalan cinta yang paling tepat adalah keakraban. Keakraban fizikal akan membawa kepada peningkatan emosi, dan ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk mendengar kisah-kisah bos yang jatuh cinta dengan setiausaha mereka. Sebaliknya, ahli-ahli sains berfikir bahawa pada masa kritikal di peringkat kanak-kanak (umur antara 4-6), kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tinggal di kawasan yang berdekatan kehilangan keupayaan mereka untuk jatuh cinta dengan satu sama lain.

41. Kama Sutra (cinta & peraturan) adalah teks purba cinta dalam bahasa Sanskrit kesusasteraan yang ditulis oleh Mallanaga Vatsyayana di sekitar abad kedua Masihi. Kama ialah dewa kasih sayang Hindu dan juga bermakna keinginan. Sutra adalah rujukan ataupun manual untuk melakukan sesuatu.

42.Hati adalah simbol kebiasaan bagi cinta. Ahli kimia purba menggunakan simbol hati untuk jampi kasih. JHati tersebut boleh mewakili satu segi tiga terbalik di mana kasih sayang dicurahkan atau dibawa. Dalam Buddhisme, segi tiga tersebut merupakan doa tenaga kasih sayang yang berkaitan dengan ketuhanan. Hati  juga melambangkan sayap seekor merpati, yang telah dikorbankan di Israel kuno sebagai tanda kasih sayang dan juga sebagai simbol Aphrodite, dewi Greek love.

43. Secara purata, lelaki di seluruh dunia berkahwin dengan wanita yang tiga tahun lebih muda daripada diri mereka sendiri. Di Amerika Syarikat, lelaki yang berkahwin semula biasanya memilih seorang isteri yang lima tahun lebih muda, jika mereka berkahwin kali ketiga, mereka sering berkahwin dengan seseorang yang lapan tahun lebih muda daripada mereka.

44. Kajian menunjukkan bahawa "secret admire" yang didedahkan dapat meningkatkan perasaan yang romantis terhadap pasangan, terima kasih kepada tahap peningkatan phenylethylamine (PEA)

oh, indahnya cinta ... hehee