Sunday, 28 July 2013

Gadis 10 Tahun Menawan Puncak Paling Bahaya


Stella Noble mungkin beratnya hanya 25 kilogram dan mempunyai tinggi badan 1.2 meter, namun hal tersebut tak mampu menghalang gadis cilik berusia 10 tahun tersebut untuk menakluki pegunungan paling sukar dan paling berbahaya di Amerika Utara.

Dalam gambar-gambar menakjubkan ini menunjukkan bagaimana dia menjadi pendaki termuda yang pernah menaklukkan puncak tertinggi pegunungan Rocky, yang dikenal sebagai The Diamond (permata), pada bulan lalu.

Menakluki puncak tersebut, Stella melakukan pendakian yang memenatkan selama 12 jam dengan ayahnya, Forrest, (43).

“Ini adalah tebing yang paling bahaya, di mana semakin tinggi anda mendaki, risiko menjadi semakin berbahaya.” ujar Forrest.

“Stella bergikir bahawa melakukan hal ini adalah sesuatu yang paling indah dalam hidupnya. Kerana pada ketinggian tersebut anda dapat melihat semuanya, termasuk Denver.” tambahnya.

Diketahui, tidak ada catatan rasmi bagi orang termuda untuk yang memanjat puncak Diamond, tetapi sejauh yang diketahui, tak ada seorang pun yang lebih muda dari Stella yang berjaya menaklukan puncak ini.

Bahkan, keluarga Noble pernah mendapatkan telefon dari pendaki lain, iaitu Tommy Caldwell, yang mengatakan bahawa Stella telah mengalahkan rekod yang dibuatnya 21 tahun yang lalu, kala ia menaklukan puncak yang sama saat berusia 12 tahun.

“Saya suka memanjat gunung, jadi saya fikir merupakan sesuatu yang indah dalam hidup saya "

No comments:

Post a Comment