Friday, 9 August 2013

9 Teknik Penyiksaan Kejam Paling Mengerikan



Konvensyen PBB yang Menentang Penyiksaan mendefinisikan penyiksaan sebagai: "... segala bentuk tindakan yang menimbulkan rasa sakit atau penderitaan, baik secara fizikal mahupun mental, yang dilakukan secara sengaja terhadap seseorang untuk tujuan tertentu seperti untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan dari orang tersebut atau dari orang ketiga, menghukum orang tersebut atas tindakan yang ia atau orang ketiga lakukan atau tertuduh melakukannya ... "Segala bentuk penyiksaan dianggap sebagai tindakan illegal di banyak Negara; sesuai dengan bunyi Konvensyen Geneva. Namun, terdapat beberapa bentuk penyiksaan yang masih diamalkan hingga saat ini atau hingga beberapa tahun yang lalu.
 
1. Melumpuhkan Panca Indera


 

 
Melumpuhkan Panca Indera Merupakan bentuk penyiksaan paling keji; melumpuhkan salah satu panca indera seseorang merupakan teknik penyiksaan paling kejam. Pelaku penyiksaan tidak hanya menggari mangsa, ia juga menutup matanya, menutup telinga dan hidungnya untuk melumpuhkan 3 daripada 5 pancaindera yang dimiliki si mangsa: penglihatan, pendengaran, dan penciuman.Teknik ini terbukti ampuh dalam waktu sekejap kerana mangsa tidak mampu menahan perasaan kehilangan pancaindera miliknya.Teknik ini digunakan dalam pelbagai bentuk.2. Strappado (Penggantungan ala Palestin)


 

Penggantungan ala Palestin merupakan bentuk penyiksaan keji dimana tangan mangsa diikat di belakang punggungnya, lalu seutas tali diikatkan pada tangan mangsa dan ditarik melalui sebilah kayu sehingga mangsa berada dalam kedudukan menggantung. Untuk menambah penderitaan mangsa; beban biasanya ditambah.sumber 3. Perampasan Waktu Tidur


 


Bentuk penyiksaan lain adalah perampasan waktu tidur, dimana mangsa kedudukan berdiri tegak dan ketika ia cuba untuk tertidur, ia diganggu secara fizikal, menggunakan suara nyaring dan cahaya terang. Tidur merupakan hal utama yang diperlukan seseorang agar ia tetap merasa damai dan tenang. Namun, ketika ia tidak dibenarkan tidur, ia akan kehilangan akal sihatnya. Teknik ini dilakukan berulang kali sehingga diperoleh hasil yang diinginkan.Mantan Perdana Menteri Israel Menachem Begin mendeskripsikan pengalamannya saat mengalami penyiksaan ini sebagai berikut:Di hadapan tawanan yang disoal siasat, pandangannya mula kabur.Jiwanya merasa lelah, kakinya tak mampu berdiri lagi, dan ia hanya mempunyai sebuah keinginan: tidur ... Sesiapa yang pernah merasakan keinginan ini pasti memahami bahawa rasa lapar dan haus tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keperluan yang satu ini.4. Penyiksaan dengan Panas / Sejuk yang Ekstrem

 
Panas atau sejuk yang melampau sangatlah tidak selesa. Jika panas atau sejuk melampau dikuatkuasakan pada mangsa yang sudah merasa tegang dan stress, maka hal ini akan menjadi penyiksaan bagi mangsa. Mangsa dilucutkan pakaiannya lalu diletak didalam sel (atau luar, bergantung pada cuaca) dan dihadapkan pada suhu panas yang melampau (hingga 50 darjah celcius) atau suhu sejuk melampau (dibawah 0 darjah celcius). Teknik ini digunakan hingga saat ini.5. Gangguan Seksual (Pemerkosaan / Sodomi)

 

Melakukan hubungan seksual atau melakukan seks oral mahupun dubur tanpa dikehendaki oleh salah satu pihak boleh disebut sebagai gangguan seksual. Rogol dan sodomi merupakan dua perkara yang berbeza, tetapi kedua-duanya digunakan dalam bentuk penyiksaan.Dalam bentuk penyiksaan ini, mangsa diperkosa; tidak masalah apakah mangsa laki-laki atau perempuan (seperti yang dibuktikan Abu Ghuraib). Rogol mengakibatkan kerosakan dan penderitaan fizikal dan psikologi korban.


6. Waterboarding


Waterboarding merupakan teknik yang diikut sertakan dalam Senarai Teknik Soal siasat Modern oleh CIA, namun teknik ini tidak dibenarkan untuk digunakan lagi (secara rasmi). Waterboarding dilakukan dengan mengikat mangsa pada bahagian punggung dengan kepala tunduk ke bawah, lalu menutupi kepalanya dengan kain berliang. Lalu air dalam jumlah banyak dituangkan ke wajah mangsa; menimbulkan rasa sakit pada bahagian refleks menyelam mamalia yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau, kerosakan paru-paru/otak, dan bahkan mematahkan tulang mangsa jika ia cuba melepaskan diri.Namun, belum ada kenyataan rasmi apakah teknik ini digunakan oleh CIA kerana Jabatan Pertahanan Amerika menolak untuk memberikan kenyataan rasmi mengenai hal ini.

7. Lynching


 

Lynching adalah bentuk penyiksaan yang melibatkan bukan satu melainkan seluruh anggota mafia dalam menyiksa mangsa.Mangsa digantung dan dipukul hingga tewas.Bentuk penyiksaan ini dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1950 hingga 1960an disaat rasisme merebak dan sebahagian besar mangsa merupakan warga Afrika-Amerika.Namun, berkat usaha Martin Luther King, lynching tidak lagi dipraktikkan.8. Berdiri Paksa



"Saya berdiri 8 hingga 10 jam sehari," tulis Donald Rumsfeld dalam memo soal siasat yang ia tulis tahun 2002. "Mengapa berdiri dihadkan hanya untuk 4 jam?" Rumsfeld mungkin akan merasa sedikit berbeza jika ia harus berdiri di tempat yang sama selama 8 hingga 10 jam, yang boleh menyebabkan bengkak, kecederaan, dan rasa sakit yang tak tertahankan.9.Menghiris tubuh



Bentuk penyiksaan yang menyeramkan ini dikuatkuasakan di China pada akhir tahun 1905. Mangsa disiksa dengan dipotong / dihiris menggunakan pisau tajam. Penyiksaan biasanya berlangsung dengan menghiris mata.Hal ini dilakukan untuk membutakan mangsa untuk meningkatkan penderitaan mental untuk penyiksaan selanjutnya. Keping yang dilakukan terus-menerus tentunya akan melukai telinga, bibir, jari tangan, jari kaki dan akhirnya bahagian daging mangsa. Keseluruhan proses ini akan memakan masa 3 hari.sumber

No comments:

Post a Comment