Tuesday, 6 August 2013

Biadap ! Kawasan Perkuburan Islam Diconteng Dgn Lambang Nazi


 
London: Selepas masjid, kini kawasan perkuburan Islam menjadi sasaran serangan kumpulan berhaluan pelampau di Btritain.
 Anggota kumpulan berkenaan baru-baru ini menconteng lambang swastika, ‘pembunuhan Lee Rigbny,’ dan ‘kuasa kulit putih’ pada empat batu nesan di tanah perkuburan umat Islam di New Port, Wales Selatan.

Mereka juga tidak takut untuk menconteng huruf BNP (Parti Nasional Britain), UKIP (Parti Kemerdekaan United Kingdom), dan NF (Front National) pada batu nesan berkenaan.


Setiausaha Persatuan Islam Wales, Mubarak Ali, menyelar perbuatan itu dan menggesa masyarakat Islam di Wales bertenang dan tidak bertindak membalas dendam.

“Sudah tentu kami marah dan kecewa. Tetapi kami sedar ia perbuatan golongan kecil yang bodoh yang melakukan perbuatan seperti ini,” katanya. -sumber








No comments:

Post a Comment