Monday, 5 August 2013

Gelongsor Air Paling Extrem Di Penuhi Ikan Yu


Main di waterpark tak pernah seseru ini. Aquaventure di Bahamas mencabar pengunjungnya untuk naik gelongsor dan melewati kolam penuh yu. Berani?

Leap of Faith adalah salah satu permainan yang paling digemari di Aquaventure, Atlantis Paradise Island Resort, Paradise Island, Bahamas. Pertama,permainan gelongsor air ini mempunyai tema yang unik iaitu kuil Suku Maya. Kedua, permainan ini akan membuat anda harus melewati kolam yang penuhi ikan yu.

Permainan ini merupakan salah satu yang paling ngeri di sana.Pengurus Marine Operations, Mark Gsellman pun menjelaskan mengapa ia menjadi yang paling ngeri.

"Leap of Faith sengaja dibina untuk memberi pengalaman yang tiada dua. Tidak ada gelongsor lain yang boleh memberikan sensasi lebih menarik setelah naik permainan ini," kata Mark.

Menurut Mark, adrenalin yang mengalir ketika meluncur di cerun curam, menambahkan kesan yang menarik ketika melewati kolam yang dipenuhi ikan yu tidak boleh didapati di tempat lain. Tetapi tak perlu takut digigit jerung, kerana anda akan masuk ke dalam terowong lutsinar ketika melewati kolam ikan yu.

Untuk memuaskan para pengunjung, kolam ini diisi oleh belasan yu suster dan yu karang Caribbean yang rata-rata panjangnya 4 meter. Gelongsor air ini mempunyai panjang 18 meter dengan kelajuan meluncur 10.5 km per jam.

Aquaventure adalah water park yang terbesar di dunia dengan keluasan 56,4 hektar. Dalam water park terdapat permainan Power Tower setinggi 39.3 meter, 2.8 hektar laguna untuk snorkeling dan  pesisir pantai yang boleh dinikmati.


No comments:

Post a Comment