Tuesday, 24 September 2013

SWEDEN IZINKAN ONANI DI TEMPAT AWAM





SWEDEN BENARKAN ONANI DI TEMPAT AWAM | Selepas ini penduduk di Sweden tidak mempunyai sebarang masalah jika ditangkap melakukan onani di tempat awam.

Ini kerana Mahkamah Daerah Sodertorn telah membenarkan aktiviti onani di tempat awam dan menganggap ianya bukan satu kesalahan jenayah.

Keputusan itu adalah bertitik tolak daripada kejadian seorang lelaki berusia 65 tahun yang bertindak melucutkan seluarnya dan mula beronani di pantai berdekatan bandar Stockholm pada 6 Jun lalu.

Pihak mahkamah berpendapat bahawa warga emas itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Walau bagaimanapun, sudah pastinya tindakan onani di tempat awam adalah suatu perbuatan yang tidak senonoh untuk dicontohi selain mungkin akan mendapat bantahan daripada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.


Menurut pendakwa raya kes tersebut, Olof Vrethammar, “saya berasakan keputusan mahkamah adalah munasabah.

Dengan itu, kita boleh beranggapan bahawa perbuatan melakukan onani di pantai adalah bukan suatu kesalahan”.

No comments:

Post a Comment