Thursday, 19 September 2013

Wanita Di Negara Ini Hidup Seperti Lelaki



Tradisi ini bermula sejak beberapa ratus tahun yang lalu di daerah Balkans, suatu wilayah terletak di tenggara Europe. Ada sebuah undang-undang purba yang bernama Kanun, dimana larangan ketat ketidak-bebasan kaum wanita.

Kaum wanita tidak boleh mengikuti pilihan raya, memandu kereta, menjalankan perniagaan, minum minuman beralkohol, merokok, memiliki senjata api atau menggunakan seluar panjang. Ini hanya dibenarkan untuk kaum lelaki sahaja.

Anak perempuan yang masih muda biasanya diatur perkahwinannya dengan lelaki dari desa lain, yang umurnya jauh lebih tua. Jika sebuah keluarga tidak mempunyai anak laki-laki, mereka mungkin kehilangan semuanya.

Untuk mendapatkan hak-hak seperti lelaki, kaum wanita harus menjadi Sworn Virgins, ertinya perawan atas dasar sumpah. Mereka akan memotong rambut hingga pendek, menggunakan pakaian lelaki dan bahkan menukar namanya. Mereka berlatih agar dapat bertingkah laku seperti lelaki, yang pada akhirnya menjadi kebiasaan mereka.

Sworn Virgins, yang juga dikenali sebagai burrnesha atau virgjinesha, masih ada sehingga sekarang walaupun tinggal sedikit. Tetapi kerana kehidupan moden mula tersebar di kampung-kampung yang ada di Albania, tradisi ini hampir punah.





No comments:

Post a Comment