Showing posts with label Gempar. Show all posts
Showing posts with label Gempar. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

TEGAR MENGAKU HISAP GAM SEBELUM JADI PENYANYI





TEGAR AKUI HIDU GAM SEBELUM JADI ARTIS | PENYANYI CILIK KELAHIRAN SUBANG DI INDONESIA, TEGAR AKUI HISAP ROKOK DAN HIDU GAM SEBELUM BERGELAR ARTIS!

Penyanyi kelahiran tanah seberang, Tegar, 12, yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu mengakui pernah menghidu gam dan merokok sebelum bergelar artis popular seperti sekarang.

“Saya sudah tidak hidu gam lagi. Sudah berhenti merokok. Saya juga rindu sama teman-teman,” katanya memetik kenyataan Malaysian Digest.

Tegar kini berada di Malaysia.

”Saya tidak pernah sangka nasib saya berubah begini dan saya jadi penyanyi. Penat juga ya, jadi orang kaya, tapi ya, Alhamdulillah.

Walaupun kehidupannya kini boleh dikatakan senang, namun penyanyi cilik ini berkata dia tidak pernah melupakan saat-saat sukar yang pernah dilalui sepanjang menjadi penyanyi jalanan sebelum disunting menjadi artis rakaman.

“Saya jadi penyanyi jalanan sejak umur tujuh tahun. Kalau sekali menyanyi, boleh dapat hingga 100,000 rupiah. Tapi pernah juga balik dengan tangan kosong. Tapi sekarang hidup saya sudah jauh berubah. Saya sudah dapat beli rumah dan beli motor,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan Tegar bercadangn untuk menerbitkan novel dan juga filem yang menceritakan pengalaman hidup Tegar dan penggambaran filem itu dijangka akan bermula pada bulan hadapan.

DATUK TAWAR HINGGA RM1 JUTA PADA SOO WINCCI UNTUK KE RANJANG?




GOLONGAN VIP TAWAR HINGGA RM 1,000,000 PADA SOO WINCCI UNTUK KE PERKHIDMATAN KHAS? | Artis terkenal tanah air, Soo Wincci mendedahkan dia pernah ditawarkan ganjaran antara RM30, 000 hingga RM1 juta untuk 'perkhidmatan khas' .

Menurutnya, tawaran sebegitu bukanlah perkara baru dalam industri  hiburan .

” Ia bermula sejak saya aktif dalam pertandingan ratu cantik lagi ,” kata gadis kelahiran Kuala Lumpur itu.

Wincci pernah dimahkotakan Miss World Malaysia pada tahun 2008.

”  Akan ada golongan kaya yang akan mendekati saya dan gadis-gadis lain dengan ayat-ayat manis, mereka menggunakan pendekatan yang cukup ‘bijak’ untuk memenuhi kehendak mereka,” katanya.

Dalam temu bual telefon dengan Daily Chilli , gadis cantik berusia 28 tahun yang kini semakin mengukir nama dalam industri hiburan turut menceritakan pengalamannya berhadapan dengan golongan sebegini.

” Ada sekali ketika saya membuat persembahan di Genting Highlands, ketika itu saya dan  pengurus saya sedang bersiap untuk pulang.

” Tiba-tiba ada seseorang menghampiri kami dan terus bertanya berapa yang saya mahu kalau dia mahu ajak saya untuk keluar makan ‘bersama’…RM30,000?

” Saya terus jawab…saya tak buat kerja-kerja macam itu,” katanya berterus-terang.

Wincci juga menceritakan bagaimana empat orang yang bergelar Datuk menawarkannya berkerja di syarikat mereka sebagai ‘junior CEO’.

” Saya hanya perlu ‘terbang’ ke sana sini dan membuat kerja-kerja Perhubungan Awam (PR) kononnya…di situ saya akan dibayar RM1 juta setahun,” dakwanya.

Wincci seterusnya berkongsi pengalaman bagaimana ditanya TERUS oleh beberapa orang pelabur: ” Adakah anda boleh dibawa tidur bersama? “

Pengalama pahit digoda untuk dibawa ke ranjang tidak terhenti di situ, perkara yang sama semakin teruk berlaku bila dia mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Taiwan.

” Sebab itu ketika di Taiwan, saya mengambil keputusan untuk meminjam wang hampir RM1 juta dari bank kerana tidak mahu terhutang budi dan seterusnya ‘terperangkap’ dalam pujuk rayu golongan ini,” ujarnya.

Katanya, mereka melihat ratu cantik, pelakon dan penyanyi wanita yang ada ‘sangat murah’ dan mudah untuk dibeli dengan wang.

Wincci bagaimanapun menasihati gadis-gadis di luar sana agar berhati-hati dan jangan berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan dengan golongan seperti ini kerana mereka mempunyai kuasa dan sangat berpengaruh.

Cara terbaik, katanya, mereka kena tetapkan pendirian dan berusaha dengan lebih gigih hingga mencapai kejayaan kerana dengan cara ini saja ia boleh ‘mengajar’ golongan tersebut.

” Ada yang kata, Aiyyyaaaaaa….awak tak payah kerja teruk-teruk, jadi teman wanita saya sudahlah.

” Pendapat saya mudah, kalau saya buat macam itu, sia-sialah kerja keras dan kesungguhan saya selama ini!,” katanya.

Namun Wincci mengakui ramai gadis di luar sana yang akhirnya terperangkap dalam permainan kotor mereka yang tidak bertanggung jawab itu.

” Apatah lagi kalau ada yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan tiada panduan hidup.

” Ia ibarat anda sedang berdiet tetapi pada masa yang sama ditawarkan kek yang yang sungguh sedap di depan mata anda,” katanya.


Saturday, 24 August 2013

GILA: 3 Orang Perempuan Inginkan Air Mani Lelaki




Tiga wanita di Zimbabwe dituduh merogol sekurang-kurangnya empat lelaki untuk mendapatkan sperma mereka bagi melakukan upacara tradisional.Kesemua wanita berkenaan, yang telah didakwa dengan 17 kesalahan serangan lucah, dibicarakan pada 28 Novemeber lepas dalam satu kes yang mengejutkan negara itu.

Saturday, 17 August 2013

Inilah Website Paling Panjang Di Dunia Dan Gila


World’s Highest Website! Sesuai dengan namanya, laman web ini adalah website paling gila yang pernah ada di dunia. Website ini mempunyai 'ketinggian' 11.77 Batu yaitu tepatnya 18.939 kilometer. Bahkan, Firefox pun tidak tahu bagaimana berurusan dengan website ini. Jika anda yang kuat meng-scroll sampai 19 kilometer, tunjukan kemampuan anda disini. Tetapi bagi anda yang tidak kuat, tenang saja. Website ini memberikan 'kemudahan' take the elevator,  untuk turun terus kebawah yaitu kandungan sebenarnya.   http://worlds-highest-website.com/#pos1

Monday, 12 August 2013

SERIUS FAKTA - FAKTA KEKAYAAN ORANG ARAB


Nice!

Siapakah terkaya? Apakah yang termahal? Apakah yang terbesar? Fakta mengenai negara-negara Arab di bawah


Laporan asal Istizada

Tuesday, 23 July 2013

Wanita Muda Gaza Ini Melahirkan Bayi Kembar 6 Sekaligus


Umur perempuan muda ini masih 21 tahun, tetapi dia telah mempunyai 11 anak. Sebelumnya, dia melahirkan kembar enam bayi sekaligus.

"Saya sesungguhnya tidak ingin melahirkan lagi, tetapi inilah yang terjadi pada diri saya," kata Naima al-Batash kepada Al Arabiya.
"Selepas menyusui dan memberikan botol susu, saya menidurkan salah satu anak. Namun, anak kedua bangun dan saya (harus) menyusuinya. Ini berlangsung terus-menerus sehingga membuat kepalaku pening," katanya.

"(Mereka) menangis tak pernah berhenti. Jika Allah memberikan amanah anak-anak ini kepadaku, nescaya Allah akan membantu membesarkannya," ucap Batash menambah.

Suami Naima, Raad, terpaksa harus mengetatkan tali pinggang demi keluarga dan anak-anaknya sebab gaji yang diterima dari kerajaan lebih kurang US $ 500 rm1500 sebulan. Separuh daripada pendapatan itu dibayar untuk membayar hutang.

"Saya merasa apa yang dituntut terhadap diri saya adalah melebihi dari yang boleh saya berikan sebagai (suami) yang berusia 25 tahun. Wang yang ada saya belikan susu dan pampers," kata Raad. 

Sunday, 30 June 2013

Perniagaan Mayat Yang Sudah Kering !!!

Pada zaman ini kebanyakan manusia adalah Gila. Mayat-mayat yang kering boleh di jual untuk tujuan penyelidikan oleh doktor-doktor baru.

Bapa Anak Dicekup KHALWAT Dengan Gadis Umur 28 Tahun Gempar

“Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan,” itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak.

Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu.

Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam.

Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...