Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Wednesday, 21 August 2013

MENARIK : Ibu Paling Popular Di Negara Korea



Ibu ini adalah suri rumah Jung Da Yeon berusia 46 tahun dan mempunyai berat 70kg selepas melahirkan dua orang anak pada tahun 2003. Pada tahun yang sama, dia telah kehilangan 20 kg dalam tiga bulan kerana kawalan makanan sihat serta senaman yang kerap. 

Oleh sebab itu, dia telah menghasilkan video, buku, gambar serta blog untuk memberitahu orang ramai cara dietnya. Selain itu, di Jepun satu permainan Wii juga dihasilkan sempena dirinya dan dipanggil 'Mom-chan Diet Wii: Figure-robics'. Di negaranya sendiri, dia dipanggil momjjang ajumma' iaitu 'mak cik dengan bentuk badan yang menawan

Dengan panggil itu, dia menjadi seorang ibu paling popular di negara korea…



Sunday, 18 August 2013

KASIHAN : Minum Apa Saja Termasuk Dari Mangkuk Tandas



Dahaga mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas.


Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air minuman yang tidak selamat di dunia ketiga.
Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia diiktiraf oleh New York Times sebagai “pembersih air yang dapat menyelamatkan nyawa”. Majalah Forbes menggelarnya sebagai “satu daripada 10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita.”

Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu.Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air. -mymetro


GEMPAK : (5 Gambar) Cara Perempuan China Kaya Parking Kereta



Xioa Xu adalah seorang siswazah yang berumur 22 tahun, dan mempunyai kereta mewah Maserati Granturismo. Menurut pelajar ini dia tidak dapat mencari tempat letak kereta….jom tengok cara dia letak keretanya…





Thursday, 25 July 2013

Budak Berkaki Gajah, Berjuang Hidup dari Bakteria Pemakan Daging


Seorang budak Uganda bernama Vincent Oketch, 10, menderita pembengkakan kaki yang mencapai saiz mengerikan, hingga digelar "Elephant Boy" atau Budak Gajah.

Penderitaannya makin memuncak sebab dikesan, kakinya itu juga dijangkiti bakteria pemakan daging yang boleh membawa maut.

Ia sampai tak mampu lagi berjalan dan hanya boleh duduk di kerusi roda sebab orang tua anak kecil itu tak mampu mengubatinya ke hospital yang lebih lengkap peralatannya.


Sehari-hari, Vincent Oketch selalu menggunakan skirt, sebab tak ada lagi seluar yang boleh masuk ke kakinya yang sangat besar itu.

Doktor desa yang merawat Vincent sampai meminta bantuan antarabangsa, sebab jika tak segera ditolong, nyawa anak kecil itu terancam boleh segera melayang.

Menurut ayahnya, Tito Opoya, Vincent sudah menderita kelainan tersebut sejak usianya 18 bulan. Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa diduga anak kecil tersebut menderita gangguan limfa, sekaligus kaki gajah, dan deformitas rangkaian hingga membuat kakinya membengkak




Doktor Ishak Osire, yang menolongnya, berkata bahawa kanak-kanak tersebut terancam dipotong untuk menyelamatkan nyawanya dari komplikasi penyakit itu.

Dipetik dari Dailymail, Doktor tersebut berharap adanya bantuan dari doktor Inggeris, atau negara lain yang dapat meneliti dan menyembuhkan sakit yang diderita si anak kecil, sebab kemudahan di Uganda sangat minim.

Semoga saja ia akan berjaya menyembuhkan Vincent Oketch.



Inilah Gaya "romantik" Semasa Membonceng Basikal (4 Gambar)

Ni bukan gaya romantik. Ni gaya romanTAIK. Kalau kena langgar sapa yang susah? Ish3.. tarak otak punya olang..Lihat Lagi Gambar Dan Video Di Sini




Gambar-Gambar Lucu Dan Menarik Hanya Ada Di Asia

Asia memang gudangnya orang-orang yang selalu mempunyai idea untuk membuat kelucuan bahkan mengarut, seperti gambar-gambar di bawah ini. Tidak tahu apa tujuan mereka melakukan aksi-aksi mengarut tersebut yang pasti apa yang mereka lakukan pasti akan membuat sesiapa yang melihatnya ketawa.

Dari beberapa gambar yang saya posting ini, ada juga hal-hal mengarut yang sebenarnya sangat berbahaya untuk dilakukan.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...