Sunday, 28 July 2013

Kaki Tumbuh Dalam Otak Bayi Ini

Seorang bayi lelaki di Colorado, Amerika Syarikat, telah mengemparkan dunia perubatan di sana apabila mereka iaitu para ahli medik ini menemui kaki yang tumbuh dalam otak bayi lelaki ini sedangkan ketika itu dia baru berusia 3 hari. 
Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb terkejut akan perkara ini. Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, ia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk. Tak hanya itu, ia juga mendapatkan beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. "Seperti melahirkan bayi tapi dari otak," kata Grabb

Prosedur perubatan itu, sebenarnya bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil merakam otak dengan x-ray, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat-sihat saja.

"Selain struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan hal yang unik, tak biasa, dan tak pernah terdengar di mana-mana," tambah si doktor yang tidak dapat menjelaskan fenomena ini. Namun, lanjutnya, boleh saja 'kaki' di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.

Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, ia tak pernah mendengar ada kes seperti itu yang terjadi di otak. Sehingga ia langsung ingat dengan mitos Yunani, raja para dewa Zeus, yang melahirkan putrinya Athens dari dahinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...