Saturday, 27 July 2013

Nora Danish Akan Beraya Bersama Fasha Sandha Di Rumah Bekas Mertua

Respek!!! Ternyata tiada lagi keruh di dalam hubungan Nora Danish dan Fasha Sandha apabila Nora mengesahkan yang mereka akan beraya bersama-sama kelak. Tak sabar rasanya untuk melihat gambar mereka berdua bermaaf-maafan di pagi raya. Pasti klasik!!!

nora danish

Abang Nara perasan yang hubungan mereka semakin rapat semenjak Fasha melahirkan anaknya, Rayfal. Memang betullah orang kata anak ini penghubung kasih sayang. Kata Nora Danish kepada portal GUA:-

Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.

Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana

nora danish

Lagi satu perkara yang Abang Nara respek megenai Nora Danish ialah keupayaannya menjaga hubungan antara dirinya dan bekas mertua. Bukan semua wanita mampu berbuat demikian. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan cekal sahaja akan berjaya. Apa pun, buat Nora dan Fasha, jangan lupa kongsikan gambar anda bersalaman di pagi raya kelak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...