Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

Peronda Polis UK Menggunakan Kereta Proton

Kita dah biasa melihat kereta Proton digunakan sebagai kereta peronda PDRM. Mari lihat kereta Proton yang digunakan oleh Humberside Police , Yorkshire England.

Peronda Polis UK Menggunakan Kereta Proton

Zoo Di Gaza Palestin Bela Haiwan Mati


Jika anda melawat Khan Younis Zoo, sebuah taman binatang yang terletak di kawasan Jalur Gaza, pastinya anda akan mendapati banyak binatang dipamerkan seperti di Zoo pada kebiasaannya. Namun jika dillihat lebih dekat dan teliti, maka akan terlihat jelas perbezaan Zoo ini dengan Zoo ditempat lain. Lebih dari separuh haiwan yang dipamerkan tersebut adalah dalam keadaan sudah mati.

Mungkin rasanya aneh mendengar sebuah Zoo sebagian besar berisi hidupan yang sudah mati, mengingat salah satu tujuan kewujudan taman haiwan adalah sebagai tempat perlindungan bagi haiwan-haiwan. Tapi begitulah yang terjadi di Gaza, Palestin. Pihak taman binatang tidak mempunyai pilihan lain.

Mohammed Awaida, pemilik Khan Younis Zoo mengemukakan bahawa ia kehilangan sebahagian hidupan penghuni taman haiwannya pada Disember 2008, tepat ketika Israel menggempur Hamas dalam waktu 3 minggu. Selama waktu tersebut, keadaan sangat genting dan Mohammed Awaida sukar untuk mengurus Khan Younis Zoo. Akibatnya, hidupan-hidupan yang dilindungi di taman haiwan tersebut mati akibat terlantar dan kelaparan.

Pasca perang Gaza, Khan Younis Zoo boleh diakses kembali. Namun haiwan-haiwan seperti harimau, singa, kera dan buaya sudah mati. Pihak taman amat merasai kehilangan itu. Akhirnya, muncullah idea untuk mengawetkan haiwan-haiwan yang sudah mati tersebut. Memang pada awalnya mereka tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai proses pengawetan jasad haiwan. Namun setelah mencari banyak maklumat dari pelbagai sumber, pembuatan 'mummy' haiwan pun bermula.
Hasilnya tidak terlalu bagus. Pihak taman haiwan mengakui bahawa mereka bukanlah ahli dalam hal mengawetkan jasad haiwan. Sebahagian besar 'mummy' haiwan yang ada tampak menyedihkan dengan tulang-tulang yang terkeluar dari tubuhnya, atau lubang yang menganga di kepala. Seekor landak dengan kepala berlubang bahkan tampak dihurungi lalat, menunjukkan proses pengawetan kurang berjaya.

Sebenarnya, mengawet binatang yang sudah mati ini bukanlah pekara yang baru bagi taman haiwan di Palestin. Seekor Zirafah bernama Brownie dipelihara 9 tahun lalu, ketika mati akibat keadaan buruk semasa peperangan antara Palestin dan Israel. Sekatan yang dilakukan Israel terhadap Palestin membuat taman haiwan sukar untuk mendapatkan haiwan baru. "Kami mempunyai lebih banyak spesies binatang yang dipelihara dibanding yang hidup. Tidaak lama lagi, mungkin akan datang masa di mana orang-orang harus menyebut tempat ini sebagai 'taman haiwan yang dipelihara' berbanding  'taman haiwan' "Ujar Amjad al-Haj, Pengarah Kewangan Khan Younis Zoo.




Saturday, 24 August 2013

Pembedahan Pemindahan Muka Orang Lain..



WARSAW - Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor.

Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu.

Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh.
Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun.

Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan keadaannya menjadi lebih teruk.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland.

Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya.

Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.

"Pembedahan ini akan membolehkan pesakit kembali menjalani kehidupan normal," kata seorang
 ketua pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Adam Maciejewski.

"Dia akan bernafas, makan dan melihat seperti orang lain," tambahnya.

Lebih 24 pembedahan pemindahan muka atau sebahagian muka telah dilakukan di seluruh dunia setakat ini.

Pembedahan pertama melibatkan seorang wanita yang digigit anjing peliharaannya pada 2005 di Perancis. - AP


Wednesday, 21 August 2013

KISAH SEBENAR KEMALANGAN NGERI DI GENTING HIGHLAND - 37 TERKORBAN DAN 16 CEDERA





PUNCA NAHAS KEMALANGAN BAS JATUH GAUNG DI LEBUHRAYA KARAK GENTING HIGHLANDS MENUJU KE KUALA LUMPUR | Kita dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang menimpa bas ekspress di lebuhraya Karak Genting Highland. Mengikut berita semasa, kejadian ngeri itu telah meragut nyawa 37 orang penumpang dan 13 yang lain cedera.

Laporan Terkini Bas Jatuh Gaung 21 Ogos 2013

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mansor Mohd. Nor ketika sidang akhbarnya di sini memaklumkan 16 daripada 53 penumpang bas berkenaan cedera.

Beliau turut memaklumkan, kesemua yang cedera telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), Hospital Bentong dan Hospital Selayang, manakala operasi kini ditumpukan untuk mencari mangsa-mangsa yang mungkin tercampak keluar dari bas tersebut.

"Siasatan awal kami mendapati bas berkenaan membawa 53 penumpang termasuk pemandu.

"Seramai 37 daripada mereka maut, manakala 16 yang cedera dan kesemua telah dibawa ke HKL, Hospital Bentong dan Hospital Selayang," jelas beliau.

Beliau dalam masa yang sama memberitahu pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat punca nahas.

"Cuaca ketika kejadian cerah dan jalan kering jadi punca kemalangan mungkin disebabkan oleh kegagalan mekanikal atau kesilapan manusia.

"Bagaimanapun, punca sebenar hanya akan diketahui selepas siastan terperinci diadakan oleh pasukan khas yang telah ditubuhkan," ujar beliau.

Update 10.59 PM-37 orang disahkan maut nahas bas terjunam ke gaung

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang

Update 6.00 PM- Sidang Akhbar Bas Jatuh Gaung Dari Pengarah Operasi Bomba

Berdasarkan sidang akhbar Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas ekspres henti-henti Genting Highlands.

Update 8.00 PM - BERITA TERKINI NAHAS BAS DI GENTING HIGHLAND - 37 TERKORBAN DAN 16 CEDERA

Gambar Bas Ekspres Henti-Henti Genting Highlands Jatuh Gaung.


Ohsenyum : Kereta Sport Keluaran Negara Arab


Kereta pertama keluar di negara arab iaitu LykanHypersport 
Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).


Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.Bagaimanapun,LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.



Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini.-Kosmo



Tuesday, 20 August 2013

GILA : Pengemis China Menjadi Terkaya Dan Terkenal


 gaya lelaki china Cheng Guorong

Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.




Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.


Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.


Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.


Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.


Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.-Kosmo

MENARIK : Pemindahan Jantung Pada Zaman Dulu




Gambar ini adalah mengenai pakar bedah jantung, Nampak bertapa susahnya mereka cuba menyelamatkan seorang insane. Hampir 23 jam mereka cuba menyelamatkan lelaki ini (pesakit) akhirnya mereka berjaya membuat pemindahan jantung.


Tengok gambar tu, sampai pembantunya tertidur akibat menunggu terlalu lama...!!Hasil pembedahan ini selama 25 tahun lamanya, pesakit tersebut masih lagi hidup



GILA : Tak Perna Makan Selama 5 Tahun


Seorang lelaki di Sri Lanka mendakwa tidak pernah menjamah makanan sejak lima tahun lalu meskipun pakar percaya manusia hanya dapat hidup selama dua bulan tanpa makanan.Lelaki berkenaan, Kirby de Lanerolle, mendakwa dia hanya memerlukan udara segar sebagai makanan.

Kirby juga berkata, kehidupan yang dilaluinya itu dapat melambatkan proses penuaan, sekali gus memanjangkan usianya.Dalam satu temubual dengan rancangan televisyen Taboo USA, Kirby berkata, sumber tenaga semulajadi adalah lebih baik daripada memasukkan makanan berkalori ke dalam badan.

Dia bagaimanapun mengaku pernah sekali makan makanan yang mengandungi 500 kalori kira-kira 10 bulan lalu namun dakwanya, makanan itu telah menjadikannya sakit.“Dalam keadaan ini, jika saya makan makanan, ia membuat saya berasa penat,’’ katanya.
Menurut portal odditycentral.com, Kirby merupakan penagih dadah ketika berusia 16 tahun.Dia pernah merangkul pingat emas dalam kejohanan menembak peringkat kebangsaan untuk junior pada 1995 dan juga seorang usahawan yang berjaya.Jelas Kirby, dia berbuat demikian selepas membaca mengenai manusia yang tidak makan selama enam tahun dan tidak minum air selama 40 hari 40 malam.Selain itu, juga juga yakin dengan penulisan seorang guru yang menyatakan bahawa kanser, diabetis dan jantung adalah disebabkan oleh makanan.-mynewshub.my

Monday, 12 August 2013

SERIUS INDO - BALIK KAMPUNG DI INDONESIA (13 GAMBAR)




Mudik Desa! Oh Oh oh Mudik Desa!

Di Malaysia setiap kali Raya menjelang lebuhraya aka mula sesak. Luckily for Malaysia jumlah penduduknya tidak sebaesar Indonesia. Lihat sahaja kesesakan jalanraya dan pelabuhan Indonesia setiap kali lebaran tiba. Fuh!



Laporan asal Yahoo

Saturday, 27 July 2013

(17 GAMBAR)William Dan Kate Namakan Anak Lelaki George Alexander Louis Written by serenity | July 25th, 2013



Selasa lepas, pasangan Duke and Duchess of Cambridge iaitu Prince William dan Kate Middleton telah mengumumkan kelahiran anak lelaki sulung mereka yang belum dinamakan. Pasangan diraja ini tidak seperti Kanye West dan Kim Kardashian yang menunggu tawaran wang tertinggi untuk menunjukkan bayi mereka, sebaliknya mempamerkan anak mereka kepada rakyat jelata hanya dalam perjalanan keluar dari hospital.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana hari ini, William dan Kate dikatakan telah menamakan anak mereka George Alexander Louis, atau nama gelarannya Prince George of Cambridge. Bagi mereka yang ingin melihat lebih gambar, terdapat 16 gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...