Showing posts with label ajaib. Show all posts
Showing posts with label ajaib. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

VIDEO BUDAK TUNJUK KEHEBATAN MENARI DI MAJLIS PERKAHWINAN




VIDEO KANAK-KANAK HEBAT MENARI DI MAJLIS PERKAHWINAN | Video rakaman seorang kanak-kanak perempuan yang menari di sebuah majlis perkahwinan kini menjadi sensasi selepas tersebar di laman YouTube.

Tidak banyak info yang diperolehi mengenai kanak-kanak itu, namun rata-rata komen penonton menjangkakan bahawa dia berusia sekitar empat tahun.

Salah satu komen dari laman tersebut menyatakan bahawa dia merupakan gadis pengiring untuk majlis perkahwinan ibu-bapanya.

Keyakinan dan gaya tariannya sewaktu diperdengarkan lagu ‘Baby’ dan ‘Gangnam Style’ bukan sahaja memikat para tetamu, malah mengundang pujian daripada penonton video tersebut.

Kecil-kecil sudah hebat menari, kalau besar nanti tak tahulah macam mana.

TONTON VIDEO BUDAK PEREMPUAN TUNJUK BAKAT MENARI DI MAJLIS PERKAHWINAN DI BAWAH.

Friday, 20 September 2013

Penduduk Miskin Afrika Guna Tayar Lori Buat Selipar


Percaya atau tidak, kasut boleh menjadi barang mewah di negara-negara miskin. Tetapi kita manusia adalah makhluk pintar, jadi kita jarang membiarkan kekurangan wang menghalang jalan kami.

Lelaki ini dan di negara-negara Afrika dan Amerika Selatan-miskin menggunakan tayar lama untuk membuat selipar mereka sendiri. Pasti mereka tidak boleh membuat untuk persembahan fesyen di Milan, tetapi saya pasti selipar mereka yang lebih tahan lama daripada apa yang kita beli dari kedai








Thursday, 19 September 2013

Sekolah Ikan Duyung Di Filipina


Terletak di Manila, Filipina, Mermaid Swimming Academy adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi mereka yang selalu ingin menjadi putri duyung.

Setiap sesi pelajaran dikenakan caj US $ 40 dengan tempoh dua jam, pelajar dididik oleh penyelam dan perenang profesional. Pelajar akan belajar bagaimana untuk berenang dengan menggunakan "ekor", membuat buih gelembung , melakukan tendangan lumba-lumba dan berdiri dengan tangan, belajar untuk mempunyai keindahan dan keanggunan putri duyung.

Anabelle Jimenez, seorang tenaga pengajar di sekolah, berharap dapat menanamkan susana bermain dan keindahan yang berhubunganan dengan putri duyung kepada murid-muridnya. Bagi orang yang takut air, mereka boleh memakai pakaian putri duyung dan duduk cantik untuk sesi bergambar.

           

Jom Tengok Ada Apa Di Penghujung Tembok Besar China


Tembok Besar China adalah salah satu daripada 7 keajaiban senibina dunia ..
Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China .. Tetapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya hujung Tembok China?

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming .. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan .. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China .. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama .. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara ..

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China ..

Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan .. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon `s Head atau disebut juga Laolongtou .. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai .. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil ..

Shanhaiguan atau Shanhai Pass terletak dekat Bandar Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing .. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara terus ke laut Bohai ..




Wednesday, 4 September 2013

CARA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH ATAU PERCUMA!





Tips ini berkesan untuk mereka yang memiliki kereta dan motosikal yang inginkan isian penuh dengan harga yang murah.

Sila ikuti step by step cara mengisi agar peratus keberjayaan meningkat.

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... 

masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah.

Dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga RM2.52 sen kat pam minyak jadi 1.28 or suka ati korang la nak letak berapa sen...
mula2 mmg aku tak percaya...
tapi......
1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik hargakat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV 
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi. 
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer hargala 
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x 
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '2', '8' (1.28 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka 
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi 
8. tekan butang clear - 2x 
9. Then korang tekan berapa puluh korang nak isi 
10. Tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"

so korang dengan muka tersipu-sipu isi jer la minyak dengan harga baru kerajaan

Saturday, 24 August 2013

Buat Pembedahan Plastik Kerana Sering Diejek Hodoh


Gadis Ini buat pembedahan plastic, Kerana Sering diejek kerana hodoh -Shim Yura seorang pelajar dari Korea Selatan di Amerika Syarikat yang memutuskan untuk melakukan pembedahan plastik terhadap wajahnya dengan bantuan seorang doktor di kampusnya.

Shim ingin merubah wajahnya agar lebih cantik dari sekarang. Ia mengaku melakukannya kerana dilatarbelakangi oleh diskriminasi yang kerap diterimanya. Selalu diejek sebagai si buruk rupa setiap saat, tentu akan mengganggunya secara  psikologi.

Kini setelah melakukan pembedah plastik yang dilakukan terhadap wajahnya, Shim Yura  menjadi wanita cantik dan disebut-sebut wajahnya mirip dengan Jessica Girls Generation.

Kisahnya beberapa waktu lalu diangkat dalam sebuah program "Let Me In 3". Ia melakukan pembedahan plastik kerana dari dendam ketika masih belajar di Harvard, Princeton dan Columbia.

Kecerdasan otaknya ternyata berbeza dengan penampilan fizikalnya kala itu. Selama di Amerika, ia sering diejek. Suatu hari seorang doktor merasa kasihan terhadap Shim dan menawarkan dirinya untuk menjalani pembedahan plastik di tempatnya.

Hasil penampilan baru Yura selepas pembedahan plastik , membuat orang tercengang kerana dia hampir serupa dengan Jessica.

"Dia pasti menjalani kehidupan yang baru," komen netter.

"Saya rasa tidak mudah hidup dicaci di negara orang, jadi rasanya dia pasti bersyukur dengan penampilan itu," komen netter lainya.


Perayaan Beri Makan Kepada Buaya




Pesta buaya adalah satu perayaan yang unik di Karachi, Pakistan. Ia adalah perayaan yang diadakan oleh kumpulan etnik yang dipanggil Sheedis. Adalah dipercayai bahawa Sheedis datang sebagai hamba dari Afrika.

Festival itu diadakan di kuil di Manghopir sejak abad ke-13.Semasa perayaan ini Sheedis akan membuat ikrar di kuil. Ikrar ini kemudian diberikan kepada buaya melalui makanan iaitu daging kambing segar.

Apabila buaya menerima daging tersebut ia akan dilihat sebagai tanda nasib yang baik. Mereka percaya bahawa buaya tidak akan menyerang kerana mereka adalah pengikut wali yang dikenali sebagai Khwaja Hasan. Sheedis juga akan menari dan menyanyi di pesta ini.

Seorang bapa juga akan meletakkan bayi di atas rahang buaya untuk mendapat restu dan rahmat bagi bayi itu.



            

Wednesday, 21 August 2013

PERGH : Ganja Ditanam Dalam Rumah Mewah




Sebuah ladang ganja yang “canggih dan mewah” ditemui polis di bangunan tidak dijangka sebuah kediaman mewah berciri zaman silam bernilai 750,000 (RM3.7 juta), semalam.Di rumah mewah itu, polis Britain menemui pokok ganja bernilai 160,000 (RM781,500) yang ditanam di semua tujuh bilik tidur yang ada.


Rumah itu terletak di Whitworth, berhampiran Rochdale.Bangunan berkenaan yang dikelilingi taman dan tiga ruang tamu, kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM3.7 juta.

Ejen hartanah menganggap bangunan itu sebagai unik kerana dibina dengan ciri era zaman Victoria. Jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pokok ganja ditemui ditanam dalam rumah itu dan membesar dengan bantuan haba dari lampu dan kipas. Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki membekalkan pokok ganja itu.-mymetro





Tuesday, 20 August 2013

GILA: Alat Mainan Terbaru Untuk Kanak-kanak



Memang terbaik lah alat ini.....sangat membina!! membuat kanak-kanak lebih matang...!


Matang lah sangat!

WOW: Banduan Paling Muda Di Dunia




François Bertillon yang berusia lebih kurang 2 tahun, telah ditangkap polis akibat melakukan kesalahan. Menurut pihak polis budak ini telah menggigit semua buah pear dari sebuah bakul tanpa kebenaran. Kata orang undang-undang tetap undang-undang kan….




MENARIK : Pemindahan Jantung Pada Zaman Dulu




Gambar ini adalah mengenai pakar bedah jantung, Nampak bertapa susahnya mereka cuba menyelamatkan seorang insane. Hampir 23 jam mereka cuba menyelamatkan lelaki ini (pesakit) akhirnya mereka berjaya membuat pemindahan jantung.


Tengok gambar tu, sampai pembantunya tertidur akibat menunggu terlalu lama...!!Hasil pembedahan ini selama 25 tahun lamanya, pesakit tersebut masih lagi hidup



WOW : (9 Gambar) Negara Japan Yang Pelik OMG


Negara japan memang pelik kan...dari segi budaya dan kehidupan mereka. tengok ini...









GILA : Tak Perna Makan Selama 5 Tahun


Seorang lelaki di Sri Lanka mendakwa tidak pernah menjamah makanan sejak lima tahun lalu meskipun pakar percaya manusia hanya dapat hidup selama dua bulan tanpa makanan.Lelaki berkenaan, Kirby de Lanerolle, mendakwa dia hanya memerlukan udara segar sebagai makanan.

Kirby juga berkata, kehidupan yang dilaluinya itu dapat melambatkan proses penuaan, sekali gus memanjangkan usianya.Dalam satu temubual dengan rancangan televisyen Taboo USA, Kirby berkata, sumber tenaga semulajadi adalah lebih baik daripada memasukkan makanan berkalori ke dalam badan.

Dia bagaimanapun mengaku pernah sekali makan makanan yang mengandungi 500 kalori kira-kira 10 bulan lalu namun dakwanya, makanan itu telah menjadikannya sakit.“Dalam keadaan ini, jika saya makan makanan, ia membuat saya berasa penat,’’ katanya.
Menurut portal odditycentral.com, Kirby merupakan penagih dadah ketika berusia 16 tahun.Dia pernah merangkul pingat emas dalam kejohanan menembak peringkat kebangsaan untuk junior pada 1995 dan juga seorang usahawan yang berjaya.Jelas Kirby, dia berbuat demikian selepas membaca mengenai manusia yang tidak makan selama enam tahun dan tidak minum air selama 40 hari 40 malam.Selain itu, juga juga yakin dengan penulisan seorang guru yang menyatakan bahawa kanser, diabetis dan jantung adalah disebabkan oleh makanan.-mynewshub.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...