Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

Pelajar Politeknik Buat Pengakuan Terpaksa Meliwat Pondan!!!






Nampaknya benda ni makin ‘viral’ dalam internet.
Dalam blog lamanizzs.blogspot.com terdapat satu salinan laporan polis yang dibuat seorang penuntut politeknik mengenai seorang tindakan seorang pondan yang mengugutnya dengan penukul besi, sekiranya pelajar tersebut enggan meliwatnya, wah!
Kekadang dalam zaman yang canggih ni, benda seperti report polis ni mungkin juga sengaja direka-reka atau diedit.
Tetapi pada masa yang sama, perbuatan begini juga bukan sesuatu yang mustahil..maklumlah dalam era akhir zaman ini banyak yang pelik-pelik muncul.
Kalau betullah benda ini berlaku, kesian pula kat pelajar ini kerana terpaksa menjadi pemuas nafsu pondan yang sungguh ‘brutal’ ini.
Lagi ‘perit’, pondan tersebut mengambil gambar kemaluan pelajar berkenaan, memaksanya untuk terus memuaskan nafsunya sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau diugut untuk disantau, iskh!
Mohon siasatlah benda-benda macam tu, apa nak jadilahhhhhhh……

Tuesday, 24 September 2013

GADIS DITAHAN BERSAMA 129 PAKET KONDOM




WANITA DICEKUP BERSAMA 129 PAKET KONDOM | KOTA BHARU- Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, bersama 129 paket kondom yang belum digunakan.

Dia yang berasal dari sebuah kampung di Bachok itu ditahan pada jam 11.10 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dalam satu serbuan diketuai Pegawai D7 IPD Kota Bharu, Cif Inspektor Rostam Ayob.
Wanita yang ditahan dalam serbuan malam kelmarin, yang disyaki terlibat dalam perlakuan tidak bermoral.

Turut ditahan bersamanya, dua lelaki berusia 27 tahun dan 22 tahun dengan seorang daripadanya dipercayai teman lelaki wanita itu.  Semasa ditahan, dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Menceritakan detik hitam yang dilalui, wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia mula terlibat dalam aktiviti tidak bermoral pada usia 18 tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan rakan sekampung.

Katanya, selepas itu dia mula berkenalan dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi teman lelakinya sebelum dijual kepada seorang bapa ayam di bandar ini.

“Sejak dijual kepada bapa ayam saya mula terlibat dalam aktiviti terbabit, dengan diawasi bapa ayam itu. Teman lelaki yang menjual saya itu kemudiannya menghilangkan diri.

“Setahun kemudian, bapa ayam itu ditangkap dan saya bebas, tetapi saya tetap memilih jalan ini, lagipun mereka tidak tahu tentang pekerjaan saya dan tidak pernah ambil tahu. Keluarga saya juga orang susah dan saya hanya bersekolah setakat darjah enam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan mengenai penahanan wanita dan dua lelaki itu.

Katanya, serbuan di hotel bajet berkenaan adalah sempena Op Cantas Khas (Op Cantas) di daerah ini.
“Serbuan dibuat, selepas menerima maklumat daripada orang awam. Kita masih lagi menjalankan siasatan mencari jika terdapat lagi wanita muda menjadi pelacur di daerah ini serta kemungkinan wujud sindiket pelacuran,” katanya.

Azham berkata, dalam perkembangan ops terbabit di Kota Bharu, seramai 5,125 orang dan 2,234 kenderaan diperiksa, manakala 108 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan jenayah sejak ops terbabit dijalankan di daerah ini pada 18 Ogos lalu sehingga kelmarin.

Friday, 20 September 2013

GILA!!! - Mencuri Menggunakan Alat Sulit




Pencuri zaman sekarang macam dah ada diploma dan degree pulak. Semakin banyak idea mereka untuk mencuri. Semakin cerdik dan bermacam helah mereka buat untuk mencuri.

Gambar dibawah menunjukkan sepasang kekasih mencuri di sebuah pasaraya dengan menyembunyikan ayam mentah didalam KEMALUAN teman wanitanya.








Wednesday, 21 August 2013

PERGH : Ganja Ditanam Dalam Rumah Mewah




Sebuah ladang ganja yang “canggih dan mewah” ditemui polis di bangunan tidak dijangka sebuah kediaman mewah berciri zaman silam bernilai 750,000 (RM3.7 juta), semalam.Di rumah mewah itu, polis Britain menemui pokok ganja bernilai 160,000 (RM781,500) yang ditanam di semua tujuh bilik tidur yang ada.


Rumah itu terletak di Whitworth, berhampiran Rochdale.Bangunan berkenaan yang dikelilingi taman dan tiga ruang tamu, kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM3.7 juta.

Ejen hartanah menganggap bangunan itu sebagai unik kerana dibina dengan ciri era zaman Victoria. Jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pokok ganja ditemui ditanam dalam rumah itu dan membesar dengan bantuan haba dari lampu dan kipas. Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki membekalkan pokok ganja itu.-mymetro





Saturday, 17 August 2013

Wajah wanita yang dibelasah suami dalam lif tersebar




Bukit Mertajam : Polis telah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya.

“Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berprofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.
Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Mazlan berkata polis telah menjalankan siasatan kes itu selepas wanita berusia 36 tahun berkenaan membuat laporan polis pada jam 4.40 Isnin lepas.

“Saya minta pihak yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan supaya hentikan tomahan itu, kami jalankan siasatan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis,” katanya.



Sementara itu, Mazlan berkata beliau melawat mangsa samun Fatimah Che Din, 64, hari ini untuk memaklumkan perkembangan kes itu kepada wanita berkenaan.

Dalam kejadian 2 Ogos lepas, Fatimah yang tinggal seorang diri di rumah selepas suaminya Razali Md Rejab, 67, keluar solat Jumaat berhadapan detik mencemaskan apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan parang di rumahnya pada jam 1.45 petang.

Mazlan berkata lelaki itu meluru masuk dan meletakkan parang di leher mangsa serta mengikat tangan, menutup mulut dengan kain sebelum melarikan diri dengan motosikal setelah merampas seutas rantai leher dan gelang tangan bernilai RM7,000.

Polis berjaya mengesan perompak terbabit setelah menemui beg yang dipercayai milik suspek dalam rumah mangsa dan lelaki berusia 20 tahun itu merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Johor yang sedang mengikuti latihan pratikal di Bandar Perda, di sini sejak dua bulan lepas. – Bernama

Friday, 16 August 2013

Berita!!? - " Budak Ditikam Bertubi - Tubi "









BARAM
: “Rupa-rupanya ciuman pagi tadi (semalam) adalah yang terakhir. Patutlah hati saya berat untuk turun ke sawah,” kata bapa kepada budak perempuan berusia tiga tahun mati dalam keadaan ngeri selepas ditikam bertalu-talu di dada menggunakan gunting oleh abang angkatnya.

Kejadian berlaku jam 6.30 pagi di rumah pekerja ladang sawit di Sejat, Long Bunyut, di sini, dan mangsa, Evelyn Irene meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Miri selepas mengalami pendarahan teruk akibat tikaman di dada. Bapa mangsa, Laman Banau, 31, berkata pada hari kejadian hatinya terlalu berat keluar bekerja di sawah selepas memberi ciuman kepada anak bongsunya.

“Patutlah saya cukup berat hati untuk ke sawah. Rupa-rupanya, ia petunjuk akan kehilangan seorang daripada dua anak buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah Mayat Hospital Miri, semalam.

Tragedi berdarah itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama neneknya berusia 45 tahun, sebelum suspek berusia 27 tahun dipercayai menghidap masalah mental, menyerang mangsa menggunakan gunting.

Seorang anak lelaki jiran keluarga mangsa berusia 14 tahun turut cedera di tengkuk dan kepala apabila diserang lelaki terbabit ketika cuba menghalang suspek menikam mangsa.

Difahamkan, suspek anak angkat kepada ibu mangsa sejak kecil dan menetap bersama di ladang berkenaan, sejak beberapa tahun lalu.

Laman berkata, seperti kebiasaan dia dan isterinya mengejutkan anak mereka sebelum ke sawah berhampiran rumah pekerja berkenaan.

“Pada pagi kejadian, saya mengejutkan mendiang kerana perlu ke sawah bersama isteri. Saya sempat menciumnya, namun berat hati untuk meninggalkannya.

“Setengah jam kemudian, saya menerima panggilan telefon seorang pekerja ladang memaklumkan ada orang mengamuk di rumah.

“Saya terbayangkan wajah anak bongsu saya dan memecut motosikal pulang ke rumah bersama isteri. Sebaik tiba di rumah, luluh hati apabila diberitahu anak kesayangan ditikam bertalu-talu dengan gunting,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, setakat ini, polis belum mengenal pasti punca dan motif serangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Sumber-

Tuesday, 13 August 2013

Wow] Budak Melayu Bangga Dapat Habiskan 1 Botol Arak "Chivas Regal" (9 gambar)



Wowwwww... Bangga agaknya bila dapat menghabiskan 1 botol Arak "Chivas" sampai nak gambar-gambar bagi tayang.. alahaiii... 

Dan Gambar Dibawah nih.. Saja jerr admin nak share kat korang.. :)


Read more: http://www.blogbahni.com/2013/08/wow-budak-melayu-bangga-dapat-habiskan.html#ixzz2bs3hkoWV

Ahli Syiah Kini Cecah 1 Juta Di Malaysia Kata Ketua Kumpulan



SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.



Bagaimana pendapat anda. apakah yang patut kita lakukan mulai sekarang. fenomena ini agak membimbangkan kita terutama anak cucu kita nanti. samaada mereka akan terpengaruh dengan Golongan Syiah ini. Sudah tentu apabila ramai penyokong atau penganut Syiah ini di Malaysia mereka akan mempunyai golongan sederhana dan Radikal dan golongan radikal inilah yang akan memusnahkan negara kita nanti.

[Gambar & Video] Gadis Cuba Bunuh Diri Berjaya Diselamatkan Teman Lelaki






Seorang gadis cuba membunuh diri dengan terjun dari balkoni sebuah apartmen.

Gadis berusia 20 tahun dari Harbin, China itu memanjat balkoni apartmen selepas bergaduh dengan teman lelakinya dan mengancam untuk melompat, namun dia berjaya diselamatkan oleh teman lelakinya.

Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakam oleh orang ramai sebelum tersebar di Youtube.

Selebihnya, sila lihat gambar dan tonton video di bawah ini. -DCM/DM 13/8/13








Video Kantoi! Peragut Bermandi Darah Dibelasah…



Mungkin ramai yang dah tengok video peragut kena belasah sehingga bermandikan darah ini. Bagi gua ini satu pengajaran yang sepatutnya dia dapat diatas tindakan ragut yang mungkin akan mendatangkan kecederaan atau kematian keatas mangsa yang diragutnya. Sekarang bila dah kantoi baru tahu tinggi rendahnya langit tu. Tahan jer lah…
Kantoi! Peragut Bermandi Darah Dibelasah...Menurut info pada video, peragut ini ditangkap di Maybank Seremban 2 pada jam 3 petang 24/4/2013. Peragut ini dikatakan telah merompak dan mengelar muka mangsa ragutnya iaitu seorang lekai india pada mukanya. Namun peragut ini tidak berjaya melarikan diri setelah dikejar orang ramai. Apalagi kena tibailah…
Anda mungkin juga meminati:

Wanita ini Ditangkap kerana berhubungan seks dengan Anjing Pitbull



Kara VandereykSeorang wanita dari Las Vegas, Amerika Syarikat, di bawa kebalai polis kerana berhubungan intim dengan seekor anjing pitbull.
Kara Vandereyk ditangkap polis, Selasa (19/2), setelah beberapa jiran tetangga melihatnya berhubungan seks dengan seekor anjing di halaman rumahnya. Kelakuan tidak senonoh ini dilakukan di tempat terbuka dan sempat menjadi tontonan beberapa jiran tetangganya.
Wanita 23 tahun itu mengaku mengidap gangguan psikologi bipolar dan tidak dapat mengingati namanya sendiri.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati Kara Vandereyk “telanjang di atas tanah,” terlibat dalam perbuatan seksual yang tidak ditentukan dengan anjing. Vandereyk menghadapi hukuman dengan tuduhan melakukan tindakan pencabulan yang menjijikkan.
Pasangan beliau, anjing Pitbull itu telah diserahkan kepada pegawai kawalan haiwan.

Monday, 12 August 2013

KISAH SEBENAR ISU CINA BUDDHA SEMBAHYANG DALAM SURAU!





KISAH SEBENAR DI SEBALIK ISU VIDEO CINA BUDDHA SEMBAHYANG DALAM SURAU | Isu video yang menunjukkan satu kumpulan menjalankan upacara sembahyang Budhha terjawap juga akhirnya.

KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan.

TONTON VIDEO CINA BUDDHA SEMBAHYANG DALAM SURAU DI BAWAH.

Saturday, 10 August 2013

Lehernya Dijerut Disyaki Mati Ketika Cuba Lakukan Hubungan Seeks Ganas


Jeffri
KUALA LUMPUR – Siasatan polis tidak menolak kemungkinan kematian Jeffri Mohd. Alee yang lehernya dijerut dengan tali pinggang di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama di sini pada Rabu lalu ada kaitan dengan cubaan melakukan seeks ganas.

 Mayat Jeffri, 25, dikatakan ditemui pada pukul 10 malam di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dalam keadaan separuh boogel dan memakai rambut palsu wanita berwarna perang. 

 Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa dipercayai bersama seorang individu lain dan kemungkinan baru hendak mengadakan hubungan seks berdasarkan kepada keadaan mangsa ketika ditemui.

 “Pemeriksaan forensik tidak menjumpai kesan air mani pada tubuh mangsa namun siasatan awal yang dijalankan seakan-akan menjurus ke arah cubaan melakukan seks,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Friday, 9 August 2013

9 Teknik Penyiksaan Kejam Paling Mengerikan



Konvensyen PBB yang Menentang Penyiksaan mendefinisikan penyiksaan sebagai: "... segala bentuk tindakan yang menimbulkan rasa sakit atau penderitaan, baik secara fizikal mahupun mental, yang dilakukan secara sengaja terhadap seseorang untuk tujuan tertentu seperti untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan dari orang tersebut atau dari orang ketiga, menghukum orang tersebut atas tindakan yang ia atau orang ketiga lakukan atau tertuduh melakukannya ... "Segala bentuk penyiksaan dianggap sebagai tindakan illegal di banyak Negara; sesuai dengan bunyi Konvensyen Geneva. Namun, terdapat beberapa bentuk penyiksaan yang masih diamalkan hingga saat ini atau hingga beberapa tahun yang lalu.
 
1. Melumpuhkan Panca Indera


 

 
Melumpuhkan Panca Indera Merupakan bentuk penyiksaan paling keji; melumpuhkan salah satu panca indera seseorang merupakan teknik penyiksaan paling kejam. Pelaku penyiksaan tidak hanya menggari mangsa, ia juga menutup matanya, menutup telinga dan hidungnya untuk melumpuhkan 3 daripada 5 pancaindera yang dimiliki si mangsa: penglihatan, pendengaran, dan penciuman.Teknik ini terbukti ampuh dalam waktu sekejap kerana mangsa tidak mampu menahan perasaan kehilangan pancaindera miliknya.Teknik ini digunakan dalam pelbagai bentuk.2. Strappado (Penggantungan ala Palestin)


 

Penggantungan ala Palestin merupakan bentuk penyiksaan keji dimana tangan mangsa diikat di belakang punggungnya, lalu seutas tali diikatkan pada tangan mangsa dan ditarik melalui sebilah kayu sehingga mangsa berada dalam kedudukan menggantung. Untuk menambah penderitaan mangsa; beban biasanya ditambah.sumber 3. Perampasan Waktu Tidur


 


Bentuk penyiksaan lain adalah perampasan waktu tidur, dimana mangsa kedudukan berdiri tegak dan ketika ia cuba untuk tertidur, ia diganggu secara fizikal, menggunakan suara nyaring dan cahaya terang. Tidur merupakan hal utama yang diperlukan seseorang agar ia tetap merasa damai dan tenang. Namun, ketika ia tidak dibenarkan tidur, ia akan kehilangan akal sihatnya. Teknik ini dilakukan berulang kali sehingga diperoleh hasil yang diinginkan.Mantan Perdana Menteri Israel Menachem Begin mendeskripsikan pengalamannya saat mengalami penyiksaan ini sebagai berikut:Di hadapan tawanan yang disoal siasat, pandangannya mula kabur.Jiwanya merasa lelah, kakinya tak mampu berdiri lagi, dan ia hanya mempunyai sebuah keinginan: tidur ... Sesiapa yang pernah merasakan keinginan ini pasti memahami bahawa rasa lapar dan haus tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keperluan yang satu ini.4. Penyiksaan dengan Panas / Sejuk yang Ekstrem

 
Panas atau sejuk yang melampau sangatlah tidak selesa. Jika panas atau sejuk melampau dikuatkuasakan pada mangsa yang sudah merasa tegang dan stress, maka hal ini akan menjadi penyiksaan bagi mangsa. Mangsa dilucutkan pakaiannya lalu diletak didalam sel (atau luar, bergantung pada cuaca) dan dihadapkan pada suhu panas yang melampau (hingga 50 darjah celcius) atau suhu sejuk melampau (dibawah 0 darjah celcius). Teknik ini digunakan hingga saat ini.5. Gangguan Seksual (Pemerkosaan / Sodomi)

 

Melakukan hubungan seksual atau melakukan seks oral mahupun dubur tanpa dikehendaki oleh salah satu pihak boleh disebut sebagai gangguan seksual. Rogol dan sodomi merupakan dua perkara yang berbeza, tetapi kedua-duanya digunakan dalam bentuk penyiksaan.Dalam bentuk penyiksaan ini, mangsa diperkosa; tidak masalah apakah mangsa laki-laki atau perempuan (seperti yang dibuktikan Abu Ghuraib). Rogol mengakibatkan kerosakan dan penderitaan fizikal dan psikologi korban.


6. Waterboarding


Waterboarding merupakan teknik yang diikut sertakan dalam Senarai Teknik Soal siasat Modern oleh CIA, namun teknik ini tidak dibenarkan untuk digunakan lagi (secara rasmi). Waterboarding dilakukan dengan mengikat mangsa pada bahagian punggung dengan kepala tunduk ke bawah, lalu menutupi kepalanya dengan kain berliang. Lalu air dalam jumlah banyak dituangkan ke wajah mangsa; menimbulkan rasa sakit pada bahagian refleks menyelam mamalia yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau, kerosakan paru-paru/otak, dan bahkan mematahkan tulang mangsa jika ia cuba melepaskan diri.Namun, belum ada kenyataan rasmi apakah teknik ini digunakan oleh CIA kerana Jabatan Pertahanan Amerika menolak untuk memberikan kenyataan rasmi mengenai hal ini.

7. Lynching


 

Lynching adalah bentuk penyiksaan yang melibatkan bukan satu melainkan seluruh anggota mafia dalam menyiksa mangsa.Mangsa digantung dan dipukul hingga tewas.Bentuk penyiksaan ini dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1950 hingga 1960an disaat rasisme merebak dan sebahagian besar mangsa merupakan warga Afrika-Amerika.Namun, berkat usaha Martin Luther King, lynching tidak lagi dipraktikkan.8. Berdiri Paksa



"Saya berdiri 8 hingga 10 jam sehari," tulis Donald Rumsfeld dalam memo soal siasat yang ia tulis tahun 2002. "Mengapa berdiri dihadkan hanya untuk 4 jam?" Rumsfeld mungkin akan merasa sedikit berbeza jika ia harus berdiri di tempat yang sama selama 8 hingga 10 jam, yang boleh menyebabkan bengkak, kecederaan, dan rasa sakit yang tak tertahankan.9.Menghiris tubuh



Bentuk penyiksaan yang menyeramkan ini dikuatkuasakan di China pada akhir tahun 1905. Mangsa disiksa dengan dipotong / dihiris menggunakan pisau tajam. Penyiksaan biasanya berlangsung dengan menghiris mata.Hal ini dilakukan untuk membutakan mangsa untuk meningkatkan penderitaan mental untuk penyiksaan selanjutnya. Keping yang dilakukan terus-menerus tentunya akan melukai telinga, bibir, jari tangan, jari kaki dan akhirnya bahagian daging mangsa. Keseluruhan proses ini akan memakan masa 3 hari.sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...