Monday, 29 July 2013

Pernah Kena macam Ni?


Pernah kena macam ni?  Kasihan.  Wanita malang ini semestinya tidak akan lupa sepanjang hayatnya akibat kejadian yang memalukan.  Penumpang malang ini dalam perjalanan di bandar Maanshan, wilayah Anhui China, apabila pemandu bas tidak sabar menutup pintu sedangkan kepalanya masih terjulur keluar semasa menaiki bas tersebut, tanpa disedari oleh pemadu bas leher wanita itu terperangkap pada pintu bas.
Nasib baik rakan wanita itu menyedari kejadian tersebut lalu segera menjerit memberitahu pemandu bas supaya berhenti dan membuka pintu semula.
Dia meninggalkan bas itu dalam keadaan kesakitan. Wanita itu malu untuk menaiki semula bas itu dan berlalu pergi sambil menggosok lehernya yang sakit tanpa membuat aduan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...