Tradisi kahwin ‘suka-suka’ tanpa perlu bernikah dan tanpa mendaftarkan perkahwinan sehingga menghasilkan anak luar nikah telah terbongkar dalam ‘Ops Sapu’ di Ipoh, Perak.
Ipoh: Sekumpulan pendatang tanpa izin yang mendiami sebuah perkampunganharam di Klebang di sini, dikesan mengamalkan tradisi kahwin ‘suka-suka’ tanpa perlu bernikah dan mendaftarkan perkahwinan hingga memiliki anak luar nikah.
Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Perak dibantu Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, melakukan serbuan di lokasi yang terletak di Klebang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, seramai 39 warga asing lelaki dan wanita termasuk tiga bayi berusia antara empat bulan hingga dua tahun ditahan dalam ‘Ops Sapu’ yang diadakan di rumah kongsi berkenaan.
Salah seorang daripada wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Sri, 26, yang beragama Islam mengaku memiliki anak luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki keturunan Flores dari Nusa Tenggara, Timur Indonesia.
Dia yang berasal dari Medan mendakwa melahirkan bayi lelaki berusia tiga bulan selepas bersekedudukan dan tinggal bersama lelaki terbabit yang dikenalinya sejak dua tahun lalu. – Metro Harian
No comments:
Post a Comment