Wednesday 3 July 2013

10 Filem Hollywood Yang Paling Banyak Di Download

Seberat apapun hukuman yang dikenakan bagi para perampas filem, dan sekeras apapun pelbagai pihak melarang rampasan film, tindak jenayah ini tetap saja terjadi. Bahkan semakin tahun jumlahnya semakin banyak.Entah kerana tak mahu mengeluarkan wang untuk membeli tiket wayang, atau kerana filemnya memang tak dimainkan di negaranya, atau bahkan dengan alasan ingin mengkoleksi tanpa perlu membeli DVD asli, berjuta-juta orang memilih menonton filem cetak rompak (baik melalui DVD cetak rompak atau men-download secara haram) dan high alakadarnya berbanding mengeluarkan sedikit wang lebih dan menonton yang original.Dan fenomena ini tidak hanya terjadi di Indonesia. Analisis yang didapati dari beberapa laman torrent yang boleh diakses dari pelbagai penjuru dunia menunjukkan bahawa inilah sepuluh filem yang paling banyak download

                                                        10. Twilight - 8,72 juta download

Setelah membeli semua buku Twilight Saga plus semua majalah yang memaparkan gambar Robert Pattinson di muka depannya, para penggemar Twilight mungkin tak mempunyai baki wang untuk membeli DVD originalnya. Download menjadi salah satu pilihan saat mereka rindu pada Edward Cullen dan ingin menonton semula.


9. Iron Man 2 - 8,8 juta download
Lakonan Robert Downey Jr sebagai Tony Stark di filem ini dipuji banyak orang, dari mulai pengkritik filem hingga pecinta komik. Tak hairan jika Iron Man 2 menjadi salah satu filem yang paling banyak dicetak rompak



8. The Hangover - 9,18 juta
Semasa The Hangover baru dikeluarkan di pawagam, tak ada yang menyangka filem ini akan meraih kejayaan sebesar ini. Hampir semua penonton berusia di bawah 35 tahun menyukai filem komedi yang dibintangi Bradley Cooper ini. Oleh sebab sangat sukanya, mereka mungkin memutuskan untuk men-download-nya untuk kemudian menontonnya bersama teman-teman satu geng.


7. Rock 'n' Rolla - 9,43 juta download

Tak seperti filem lain di dalam senarai ini yang pernah masuk senarai box office, Rock 'n' Rolla adalah film besutan Guy Ritchie yang sebenarnya kurang berjaya di pasaran. Namun Guy Ritchie tetaplah seorang pengarah yang disuka banyak orang. Hanya saja penggemarnya mungkin tak ingin membuang wang di pawagam untuk menonton filem yang mendapat banyak kritik ini. Maka download lah pilihannya.



6. Shutter Island - 9,5 juta download
Martin Scorsese sebagai pengarah dan Leonardo DiCaprio sebagai pelakon utama biasanya memang jadi resepi kejayaan sebuah filem. Shutter Island tak terkecuali. Berjaya di box office, berjaya pula jadi incaran download.



5. Inception - 9,7 juta download
Benar kan? Film yang dibintangi Leonardo DiCaprio selalu jadi kegemaran pecinta filem (dan pen-download). Film yang dialu-alukan pengkritik dan mendapat rating tinggi biasanya membuat orang ingin mengoleksi DVD-nya. Bagi sebahagian orang, mengoleksi file-nya di laptop.

4. Transformers: Revenge of the Fallen - 10,6 juta download
Filem ini laris cetak rompak, bukan saja kerana para Autobots dan Decepticons yang lawa-lawa, tapi kami yakin juga berkat kemunculan Megan Fox. Kita lihat saja apakah Rosie Huntington-Whiteley yang menggantikan Megan Fox boleh membuat Transformers 3: Dark of the Moon dicetak rompak sebanyak ini.



3. Star Trek - 10,96 juta download
Film ini menduduki kedudukan pertama dalam senarai filem yang paling banyak di downlod di tahun 2009. Tahun berikutnya, kedudukannya turun, tapi ia masih berada di kedudukan 3 ter stas



2. Kick-Ass - 11,4 juta download
Dalam dunia film, Kick-Ass boleh disebut sebagai si kuda hitam. Sebelum dikeluarkan, filem superhero yang dibintangi sejumlah pendatang baru ini tak banyak dibicarakan orang, tapi begitu dimainkan, semua memuji. Bahkan filem ini dianggap sebagai filem cult yang wajib dikoleksi.

1. Avatar - 16,58 juta download
Salah satu film paling berjaya sepanjang masa ini juga menjadi filem yang paling banyak didownlod sepanjang tahun. Entah kenapa begitu banyak orang yang ingin menonton filem ini di skrin komputer dengan kualiti rendah, padahal yang diagung-agungkan dari Avatar adalah visual yang canggih dan kesan 3D-nya yang menakjubkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...