Friday 26 July 2013

[18SX]: Program Memasak Secara Bogel Dalam TV Di Hong Kong

Pelbagai cara yang akan dilakukan bagi menaikkan rating sesebuah stesen televisyen, misalnya seperti yang digunakan oleh sebuah stesen televisyen di Hong Kong ini yang mengadakan sebuah rancangan "Nude Cooking Show" bagi menarik populariti stesen mereka..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni.. 


BANYAK cara untuk menggamit penonton demi mengejar rating selangit. Di Hong Kong, misalnya, salah satu stasyen televisyen dikatakan membuat penonton terliur. Nama acaranya, Icefire Kitchen. Menghadirkan model dan aktris hot asal Hong Kong, Flora Cheung, sebagai juru masaknya (chef). 

Soal masak-memasak bukan jadi menu utamanya. Tapi pihak produser menonjolkan Cheung sebagai jualannya. Ya, bintang berusia 26 tahun yang namanya tengah bersinar itu bertindak sebagai chef. Cuma semasa membawa acara, Cheung kerap tampil menggoda dengan menanggalkan pakaiannya. 

Hadirnya tayangan tersebut, sempat memunculkan pro-kontra. Ada kalangan menilai tontonan tersebut sangatlah mem'bodoh'kan dan hanya menjual syahwat semata. Kritikan dan hujatan pun dilayangkan kepada Cheung. Cheung tidak peduli orang ramai, ia cukup aman dengan lakonannya. 

"Setengah orang berfikir, ini cara busuk untuk dapatkan wang, tetapi saya tidak sependapat dengan anggapan itu. Ini hanya pertunjukan. Orang-orang beragam menanggapi pertunjukan memasak saya. Ada yang positif, ada juga yang berfikiran negatif. Tetapi kerana pro-kontra ini, saya malah menjadi terkenal," ujar Cheung bangga. 

Jebolan ilmu komputer Universiti Sydney ini mendakwa acara memasak yang dihadirnya adalah terobosan yang unik dan berani. "Kami ingin lelaki belajar bagaimana memasak, memasak bersama pasangannya dan menemukan gairah baru dalam hidupnya," leter Cheung. 

Meski cacian dialamatkan kepadanya berkait aksinya itu, namun Cheung terus merancang melanjutkan acara gagasannya itu pada tahun mendatang. "Kami akan melanjutkan lebih banyak episode Icefire Kitchen tahun akan datang," ujarnya. 

Melalui tersebut, nama Cheung mulai kesohor. Selama 13 tahun ia menetap di Australia. Beberapa tahun belakangan ini, ia memutuskan untuk berkarier di kampung halamannya sebagai seorang model dan bintang filem. 

Seperi diwartakan Asiaone.com. Cheung menyukai pekerjaannya sebagai seorang model dan pemain filem. Ia mengaku tidak akan ragu-ragu berpose mencabar dan terlibat filem yang 'sedikit nakal'. "Takde masalah selama adegan itu bukan adegan betul-betul. Kalau sekedar tampil polos (bogel), saya tak kisah." jelasnya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...