Saturday 20 July 2013

Biar Betul! Budak Lima Tahun Bawa Jengkaut Di China (Video)


 Percayakah anda bahawa budak lima tahun ini mampu menggerakkan sebuah jengkaut tanpa dibantu oleh sesiapa pun. Apa yang lebih mengujakan lagi, budak ini begitu cekap menggunakan jengkaut seperti seorang dewasa. Namun persoalannya, bagaimana budak sekecil ini mampu membawa jengkautMelayukini.net difahamkan budak ini telah belajarmembawa jengkaut melalui bapanya. Pada mulanya bapanya melarang, namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya ia akur. Jika anda tidak percaya, boleh tonton video di atas ini.
jengkaut1
Wang Shuhan baru berusia lima tahun.
Namun dalam usia semuda itu, dia sudah pandai membantu ayahnya mencari rezeki di wilayah Hubei, China.
Tetapi jangan terkejut, Shuhan membantu ayahnya membawa jengkaut!
Bapanya, Wang Xuebing tidak menyangka anak kecilnya itu ‘cepat menangkap’ apa yang telah diajarkan padanya.
” Saya sering membawanya ke tempat kerja dan nampaknya dia sangat berminat untuk mengendalikan mesin tersebut,” katanya.
Menurut Xuebing, disebabkan sering didesak oleh anaknya untuk mencuba membawa jentera berkenaan, dia akhirnya mengalah.
jengkaut2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...