Monday 22 July 2013

Inilah sebabnya ibu bapa kena beri perhatian terhadap penggunaan tablet dan telefon pintar oleh anak-anak |



 IBU BAPA pada abad ke-21 ini memerlukan pemerhatian yang menyeluruh terhadap penggunaan peranti seperti telefon pintar mahupun komputer riba. Mengejutkan seorang bayi, yang baru berusia 14 bulan 'membelikan' ayahnya sebuah kereta klasik, Austin Healey Sprite 1962 Bayi tersebut pada asalnya bermain telefon pintar ayahnya hanya beberapa minit, akhirnya telah membelikan ayahnya sebuah kereta yang berusia 51 tahun.

Menurut laporan KOIN-TV, Sorella Stoute mencuit aplikasi eBay pada telefon pintar ayahnya. Pada aplikasi itu, hanya ada pautan 'beli sekarang'. Bapanya, Paul Stoute berkata, selepas insiden itu, dia dan isteri memutuskan untuk menyimpan kereta itu dan membawanya ke rumah baru mereka. Kejadian ini menunjukkan bahawa pengawasan ibu bapa penting dalam memastikan tidak berlaku penyalahgunaan teknologi yang ada. -KOIN-TV

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...