Saturday, 27 July 2013

Pembedahan Plastik Untuk Garis Tapak Tangan



Trend pembedahan plastik terbaru di Jepun, mengubah garis telapak tangan yang diharapkan dapat mengubah nasib orang tersebut.

Menurut laporan Jake Adelstein and Nathalie-Kyoko Stucky di The Daily Beast, peminat seni garis tangan meminta pembaca telapak tangan untuk melanjutkan atau membuat garis di tangannya menggunakan pisau bedah elektrik, untuk meningkatkan keuntungannya.

Salah satu pakar bedah Jepun tersebut adalah Takaaki Matsuoka, yang pertama kali diminta untuk melakukan prosedur kepada seorang pesakit pada tahun 2011.

Kerana belum pernah mendengar pekara seperti itu, ia pun mencari contoh pembedahan di Korea, di mana daging pesakit dipotong dan dibakar untuk meninggalkan bekas luka separa kekal di tangan.

Menurut The Daily Beast, Klinik Matsuoka sendiri telah melakukan 37 prosedur pembedahan berbahaya seperti ini.

"Seluruh proses memakan masa 10 hingga 15 minit. Sebanyak 10 baris di telapak diubah pada suatu masa, ditambah bulan berikutnya untuk masa pemulihan. Jumlah kos adalah $ 1,000 ,terang taaki Matsuoka, seperti dipetik dari BusinnesInsider, Rabu (17 / 7/2013)

Sebahagian besar pesakit Matsuoka adalah lelaki dan wanita berusia 30-an, yang sangat percaya pada ramalan. Dia mengatakan, lelaki cenderung melakukan ini untuk meramalkan wang atau kejayaannya. "Sedangkan wanita meminta untuk dilihat percintaannya dan perkahwinannya," tambahnya.

"Jika orang berfikir dia akan beruntung, kadang-kadang dirinya benar-benar menjadi beruntung," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...