Sunday, 21 July 2013

SCOLD'S BRIDLE : TOPENG HUKUMAN WANITA YANG KUAT MEMBEBEL KURUN KE-16 (11 GAMBAR)

Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Scold's Bridledigunakan di United Kingdom bagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan Scold's Bridle mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland. Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut. Kehadiran plat berduri ini menghalang pesalah yang dihukum dari bercakap dan makan. Bahagian kedua pula mengunci plat berduri ke kepala pesalah. Scold's Bridle juga dikatakan digunakan ke atas wanita yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Kali terakhir alat ini digunakan ialah pada tahun 1856 di Lancashire England. Sungguh brutal hukuman zaman dahulu!







No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...