Saturday 22 June 2013

Manusia Paling Tinggi Di Malaysia?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, remaja yang dipercayai manusia paling tinggi di Malaysia, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar memasang impian untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam sukan bola keranjang.
Menurut Mohd. Azli Hisham, 18, dia yakin ketinggian luar biasa yang dimilikinya boleh digunakan untuk menyumbang sesuatu kepada negara terutamanya dalam sukan berkenaan.
“Sesetengah orang menganggap ketinggian luar biasa yang saya miliki adalah satu kekurangan kerana sukar untuk melakukan sesuatu perkara seperti memilih baju, kasut dan sebagainya.
“Bagaimanapun, saya tidak menjadikan ketinggian sebagai halangan dan menganggap ia satu kelebihan untuk saya mencapai impian menjadi seorang pemain bola keranjang profesional satu hari nanti,” katanya. – KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...