Monday 17 June 2013

Pulau Binaan Manusia Sempena Piala Dunia 2022 Qatar (7 GAMBAR)

Pulau Binaan Manusia Sempena Piala Dunia 2022 Qatar (7 GAMBAR)

Onyx Island ialah sebuah projek mega yang kini dalam peringkat konsep di Qatar. Pulau dengan keluasan dua juta meter persegi ini akan dibina pada pesisir pantai Doha bagi menempatkan hotel dan kawasan perumahan untuk 25 000 pelawat yang bakal tiba untuk Piala Dunia 2022. Kos pembinaan pulau buatan manusia ini dianggarkan sekitar USD 5.5 Billion (RM 16.5 Billion). Projek ini walau bagaimanapun mendapat tentangan pecinta alam kerana dikatakan bakal merosakkan ekosistem yang sedia ada. Projek The World di Dubai kini sudah gagal kerana pulau berbentuk peta dunia yang terbina tidak terjual dan mula terhakis. Ia juga mengakibatkan kerosakan ekosistem dan hakisan ombak yang kronik di Dubai. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...