Thursday 18 July 2013

10 Negara Paling Bahagia di Dunia 2013


Sebuah organisasi berkaitan pembangunan dan kerjasama ekonomi yang dikenali sebagai OECD telah mengeluarkan Better Life Index 2013. Indeks ini mengambil kira 11 kategori berkaitan kesejahteraan sesebuah negara seperti tahap kesihatan, persekitaran, pendidikan, kesedaran sivik, keseimbangan kerja-kehidupan sosial, dan kepuasan hidup. Berdasarkan kesemua faktor ini, OECD telah merumuskan 10 negara paling gembira/sejahtera untuk tahun 2013.
10. United Kingdom
united kingdom
85% warga Britain menyatakan mereka mempunyai “pengalaman positif yang lebih”   berbanding pengalaman negatif dalam hari-hari biasa.
9.  Iceland
iceland
Iceland
87% penduduk Iceland menyatakan mereka berasa senang dengan kehidupan harian mereka.
8.  Netherlands/Belanda
Netherland
Netherland (Belanda)
Nilai hubungan komuniti yang tinggi diterapkan pada warga Belanda dan mereka juga mempunyai keseimbangan kerja-kehidupan yang sihat.
7.  Denmark
denmark
Denmark
Lebih 73% daripada populasi julat umur 15-64 tahun mempunyai pekerjaan. 89% populasi yang tinggal di Denmark gembira dengan kehidupan mereka.
6.  Amerika Syarikat
USA
Amerika Syarikat
83% populasi di negara Uncle Sam ini senang dengan kehidupan mereka. Malah, Amerika Syarikat berada di kedudukan tinggi daripada aspek pendapatan dan kesihatan.
5.  Switzerland
switzerland
switzerland
Switzerland berada di kedudukan yang tinggi dalam aspek pendapatan, komuniti, dan kesihatan. Jangka hayat di negara ini ialah 83 tahun, iaitu 4 tahun lebih lewat berbanding Amerika Syarikat.
4.  Norway
Norway
Norway
86% penduduk Norway bahagia dengan kehidupan mereka. 96% menyatakan mereka sangat berpuas hati dengan kualiti air di negara terbabit.
3.  Kanada
Kanada
Kanada
Kanada berada di kedudukan yang tinggi dalam aspek kesihatan, dengan jangka hayat penduduk ialah 81 tahun.
2.  Sweden
Sweden
Sweden
Sweden berada di kedudukan tinggi dalam aspek pendidikan, persekitaran, kesedaran sivik, dan keseimbangan kerja-kehidupan.
1.    Australia
Australia
Australia
84% warga Australia bahagia dengan kehidupan mereka. Malah, Australia berjaya mengekalkan kedudukan negara paling sejahtera di dunia dua tahun berturut-turut.
sumber maklumat dan gambar : www.washingtonpost.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...