Tidak semua orang mempunyai kepakaran dalam menembak secara tepat. Jadi tidak hairanlah jika kerjaya ini tidak semua orang mampu menggalasnya. Pihak polis juga mempunyai penembak tepat mereka sendiri. Di bawah ini adalah merupakan seorang wanita yang dipercayai mempunyai kemahiran menembak secara tepat. Ia sudah beberapa kali mengegarkan dunia dengan mengunguli kejuaraan dalam acara menembak.
Chandro Tomar kelihatan seperti nenek biasa pada umumnya. dia yang kini berumur 78 tahun, mempunyai 6 anak dan sangat menyayangi 15 cucunya.
Nenek Tomar merupakan seorang penembak tepat atau sniper profesional tertua di dunia. Nenek yang berasal Baghpat, Uttar Pradesh, India itu telah memenangi 25 pertandingan menembak tepat nasional. Dan yang lebih mengejutkan, ia mula memegang senapang untuk pertama kalinya pada 10 tahun lepas atau ketika umurnya 68 tahun.
Hanya dalam masa 10 tahun ia mampu menguasai teknik menembak tepat dengan cepat. Kalau Vasily Zaitsev masih hidup, mungkin bakal diadakan pertandingan menembak di antara mereka.
Semuanya bermula ketika Nenek Tomar menemani cucu perempuannya ke sebuah kelab menembak. Cucunya amat tertarik dengan dunia ini namun ia malu untuk pergi sendirian. “Ketika aku sedang menungguinya, aku memutuskan untuk mencuba,” ungkap nenek itu. “Jurulatih melihatku dan terkesima dengan bidikanku.”
Setelah itu ia pun berlatih secara teratur. Farooq Pathan mengatakan Nenek Tomar amat mahir sampai-sampai tak ada lelaki yang berlatih secara bersamaan kerana takut dimalukan. “Ia mempunyai kepakaran mumpuni, tangan yang kukuh, dan mata yang tajam,” ujarnya.
Bakat yang dimiliki Nenek Tomar seolah-olah telah mendarah daging di dalam keluarganya. Seema, salah satu puterinya adalah wanita India pertama yang memenangi kejuaraan pistol dan senapang pada 2010. Sedangkan salah satu cucunya, Neetu Solanki, merupakan penembak tepat antarabangsa yang mewakili India di kejohanan yang berlangsung di negara-negara dunia seperti Hungary dan Jerman. Kedua perempuan itu mengaku kisah Tomar telah memberi inspirasi mereka untuk semakin maju.
“Ia begitu mengagumkan,” ungkap Seema. “Jika ia boleh melakukannya, maka kami pun pasti boleh. Ia memperlihatkan kepada kami bahawa segala sesuatu itu boleh berlaku. Ia telah sangat membantu meningkatkan kehidupan kami. “
Neetu, cucu perempuannya, menambah bahawa di dalam masyarakat yang didominasi oleh lelaki seperti di India, neneknya memberi harapan kepada para generasi muda.
“Para remaja wanita mengatakan, ‘kalau nenek boleh, kenapa kita tidak?’ Aku katakan pada mereka: bekerja keraslah dan jagalah dagumu tetap ke atas dan kamu pasti akan bertualang ke banyak tempat,” kata Neetu.
No comments:
Post a Comment