Saturday 27 July 2013

Label Sticker Pada Buah Bila Di Basuh Jadi Sabun



Stiker label pada buah mempermudah kita mengetahui jenis dan asal buah tersebut. Namun selepas itu, label buah tak berfungsi lagi. Kecuali jika label buahnya boleh berfungsi sebagai sabun untuk mencuci buah.

Scott Amron berjaya melahirkan idea bernas. Ia menciptakan stiker label buah yang boleh larut menjadi sabun pencuci buah jika digosok dengan air.

"Saya selalu berfikir label ini pasti ada kegunaan lain. Kemudian, saya mendapati bahawa perkara yang orang lakukan dengan buah selain memakannya adalah mencucinya," ujar Amron kepada The Daily Meal .

Pada awalnya, Amron mencipta sekantung sabun pencuci buah di sebalik label. Pengguna perlu membukanya terlebih dahulu sebelum mencuci buah. "Kantung tersebut menambah bahan yang tak penting," kata Amron.

Kemudian ia menyedari bahawa untuk mencuci sebiji buah tidak memerlukan sabun sebanyak itu. "Jadi saya mengintegrasikan ke dalam pembinaan label, membuatnya dapat larut namun tetap tahan air," jelas Amron.

Ertinya, kalau hanya terkena air, label ini tak akan larut, kecuali jika digosok. Lilin pada buah, racun perosak dan racun kulat tahan air, kotoran, serta bakteria akan hilang. Tak perlu bimbang, sabun cuci ini organik. Bagaimanapun juga, orang tetap boleh mengupas label tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...