Monday 22 July 2013

Unik : Pesta vespa di Jawa Barat dapat tumpuan media asing




Keunikan vespa yang dihasilkan oleh para pencinta motor klasik itu dapat dilihat dalam festival motor vespa di Cibereum, Jawa Barat. Pameran itu ternyata berbaloi apabila mendapat tumpuan media asing. Berita tentang idea kreatif peminat vespa di Indonesia disiarkan dalam portal berita Britain, Daily Mail dan laman media Newsvine baru-baru ini. Berita itu menceritakan keunikan vespa atau dikenali sebagai Moped di negara ini. Moped iaitu singkatan untuk motor berpedal, merupakan jenis motor yang berkuasa rendah dan mampu dimiliki serta tidak memerlukan lesen khas.

Di Indonesia, model vespa Florence dari Itali sangat popular kerana harganya yang lebih mahal berbanding model lain. Dalam festival vespa yang diadakan baru-baru ini, para peminat vespa menghasilkan pelbagai vespa yang diubahsuai dengan idea yang unik, kreatif dan pelik. Malah ada vespa yang telah diubahsuai sehingga sukar dikenali model asalnya. Selain itu, ada peminat menghiasi vespa mereka dengan lukisan grafiti bagi menyerlahkan lagi kecantikan motor tersebut. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...