Saturday, 24 August 2013

Buat Pembedahan Plastik Kerana Sering Diejek Hodoh


Gadis Ini buat pembedahan plastic, Kerana Sering diejek kerana hodoh -Shim Yura seorang pelajar dari Korea Selatan di Amerika Syarikat yang memutuskan untuk melakukan pembedahan plastik terhadap wajahnya dengan bantuan seorang doktor di kampusnya.

Shim ingin merubah wajahnya agar lebih cantik dari sekarang. Ia mengaku melakukannya kerana dilatarbelakangi oleh diskriminasi yang kerap diterimanya. Selalu diejek sebagai si buruk rupa setiap saat, tentu akan mengganggunya secara  psikologi.

Kini setelah melakukan pembedah plastik yang dilakukan terhadap wajahnya, Shim Yura  menjadi wanita cantik dan disebut-sebut wajahnya mirip dengan Jessica Girls Generation.

Kisahnya beberapa waktu lalu diangkat dalam sebuah program "Let Me In 3". Ia melakukan pembedahan plastik kerana dari dendam ketika masih belajar di Harvard, Princeton dan Columbia.

Kecerdasan otaknya ternyata berbeza dengan penampilan fizikalnya kala itu. Selama di Amerika, ia sering diejek. Suatu hari seorang doktor merasa kasihan terhadap Shim dan menawarkan dirinya untuk menjalani pembedahan plastik di tempatnya.

Hasil penampilan baru Yura selepas pembedahan plastik , membuat orang tercengang kerana dia hampir serupa dengan Jessica.

"Dia pasti menjalani kehidupan yang baru," komen netter.

"Saya rasa tidak mudah hidup dicaci di negara orang, jadi rasanya dia pasti bersyukur dengan penampilan itu," komen netter lainya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...