Saturday, 10 August 2013

Info- Makna Nombor Pada Tayar Kenderaan


165/65R14 79T

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. 

Sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. 
cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih 
satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut:

  • 165/65R14 79T

Nombor 165 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi, biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 65 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 65% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.
Huruf "T" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. 
Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 14 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. 
Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 79 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "79" ini perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. 

Sebagai contoh, nombor 79 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. 

Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar.

(contoh: 475 x 4 = 1900 kg)
Huruf "T" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan T dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 190 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad :
  • S-180 km/j
  • T-190 km/j
  • U- 200 km/j
  • H-210 km/j
  • V-240 km/j
  • Z-melebihi hadlaju 240 km/j
  • W-270 km/j
  • Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...