Sunday, 18 August 2013

WOW : Cara Kereta Toyota Parking Yang Pelik



Usaha mencari ruang meletak kereta di sebuah pusat bandar raya yang sibuk sentiasa membuatkan setiap pemandu tertekan.Jika meletak di tempat yang dilarang, pemandu terdedah kepada saman. Mereka juga berdepan dengan masalah kekurangan siling untuk dimasukkan ke dalam meter.




Tetapi pemilik kereta ini mengambil tindakan melampau untuk mengelak warden parkir dengan menempatkan keretanya 20 meter di udara.Kereta Toyota Yaris merah ini dilihat diletakkan di balkoni sebuah blok apartmen di Kiev, ibu negara Ukraine.


Bagaimana dan mengapa kereta itu diletakkan di situ masih misteri.Ia tidak mungkin dipandu menerusi tingkap. Dan sudah pasti pemandu kren yang mempunyai kemahiran tinggi diperlukan untuk mengangkat kereta itu untuk diletakkan di tempat berkenaan. Mungkin ia satu usaha pintar oleh pembuat kereta terbabit. -mymetro

Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...