Tuesday 13 August 2013

GEMPAR! - PANORAMA INDAH HUJAN METEOR PERSEID DI RUANG ANGKASA MALAYSIA

Meteor Perseid datang lagi tahun ini, kali ini ia datang di bulan syawal iaitu hari raya. Pada tahun lepas fenomena ini berlaku pada bulan Ramadhan. Tengok sini Gambar-Gambar Hujan Meteor Perseid 2012 . Malam ini Fenomena hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam isnin sehingga subuh pada hari Selasa.


Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Nak tau lebih lanjut bagaimana meteor Perseid berlaku? Ini ada video daripada NASA tentang meteor Perseids

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...