Wednesday 21 August 2013

KISAH SEBENAR KEMALANGAN NGERI DI GENTING HIGHLAND - 37 TERKORBAN DAN 16 CEDERA





PUNCA NAHAS KEMALANGAN BAS JATUH GAUNG DI LEBUHRAYA KARAK GENTING HIGHLANDS MENUJU KE KUALA LUMPUR | Kita dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang menimpa bas ekspress di lebuhraya Karak Genting Highland. Mengikut berita semasa, kejadian ngeri itu telah meragut nyawa 37 orang penumpang dan 13 yang lain cedera.

Laporan Terkini Bas Jatuh Gaung 21 Ogos 2013

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mansor Mohd. Nor ketika sidang akhbarnya di sini memaklumkan 16 daripada 53 penumpang bas berkenaan cedera.

Beliau turut memaklumkan, kesemua yang cedera telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), Hospital Bentong dan Hospital Selayang, manakala operasi kini ditumpukan untuk mencari mangsa-mangsa yang mungkin tercampak keluar dari bas tersebut.

"Siasatan awal kami mendapati bas berkenaan membawa 53 penumpang termasuk pemandu.

"Seramai 37 daripada mereka maut, manakala 16 yang cedera dan kesemua telah dibawa ke HKL, Hospital Bentong dan Hospital Selayang," jelas beliau.

Beliau dalam masa yang sama memberitahu pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat punca nahas.

"Cuaca ketika kejadian cerah dan jalan kering jadi punca kemalangan mungkin disebabkan oleh kegagalan mekanikal atau kesilapan manusia.

"Bagaimanapun, punca sebenar hanya akan diketahui selepas siastan terperinci diadakan oleh pasukan khas yang telah ditubuhkan," ujar beliau.

Update 10.59 PM-37 orang disahkan maut nahas bas terjunam ke gaung

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang

Update 6.00 PM- Sidang Akhbar Bas Jatuh Gaung Dari Pengarah Operasi Bomba

Berdasarkan sidang akhbar Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas ekspres henti-henti Genting Highlands.

Update 8.00 PM - BERITA TERKINI NAHAS BAS DI GENTING HIGHLAND - 37 TERKORBAN DAN 16 CEDERA

Gambar Bas Ekspres Henti-Henti Genting Highlands Jatuh Gaung.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...