Pesta buaya adalah satu perayaan yang unik di Karachi, Pakistan. Ia adalah perayaan yang diadakan oleh kumpulan etnik yang dipanggil Sheedis. Adalah dipercayai bahawa Sheedis datang sebagai hamba dari Afrika.
Festival itu diadakan di kuil di Manghopir sejak abad ke-13.Semasa perayaan ini Sheedis akan membuat ikrar di kuil. Ikrar ini kemudian diberikan kepada buaya melalui makanan iaitu daging kambing segar.
Apabila buaya menerima daging tersebut ia akan dilihat sebagai tanda nasib yang baik. Mereka percaya bahawa buaya tidak akan menyerang kerana mereka adalah pengikut wali yang dikenali sebagai Khwaja Hasan. Sheedis juga akan menari dan menyanyi di pesta ini.
Seorang bapa juga akan meletakkan bayi di atas rahang buaya untuk mendapat restu dan rahmat bagi bayi itu.
No comments:
Post a Comment