Tuesday, 13 August 2013

[Gambar & Video] Bayi 16 Bulan Berenang Sendirian Tanpa Bantuan Sesiapa



Pada usia 16 bulan, sesetengah bayi mungkin hanya mampu berjalan seketika sebelum jatuh terduduk atau berpegang pada sesuatu. Umumnya, pada usia itu, kebanyakan bayi tidak dapat menguasai aktiviti fizikal yang lain.

Namun begitu, rakaman luar biasa yang menunjukkan anak kecil berenang tanpa bantuan dan kelihatan selesa di dalam air benar-benar memeranjatkan penonton yang kurang biasa dengan fenomena tersebut.

Bayi itu berenang seperti dalam keadaan menyelam dan menterbalikkan badannya apabila perlu berehat dan menghirup udara.

Video yang turut mencetuskan debaran penonton ini juga banyak menerima kritikan khususnya daripada penonton yang bimbang bayi itu mungkin dipaksa berenang ketika dia letih atau pada masa dia tidak mahu melakukan aktiviti tersebut.

Namun begitu, nota daripada ibu bapa bayi ini menjawab komen dan keresahan sesetengah penonton video tersebut. 

Menjawab komen-komen tersebut, Adam SM, yang mengeposkan video itu di Youtube, menjelaskan bahawa dia ialah jururawat berdaftar dan isterinya pula jurulatih renang dan anggota penyelamat selama enam tahun.
Beliau juga menjelaskan bahawa mereka berdua merupakan profesional terlatih dalam CPR dan keselamatan di dalam air serta mempunyai sijil dalam bidang tersebut. 

Tulisnya lagi, bayi yang dinamakannya sebagai Elizabeth itu telah dilatih oleh pengajar bertauliah yang mempunyai pengalaman mengajarkan sumber renang bayi (ISR) teknik renang dan menyelamatkan diri.

Sambil menegaskan bahawa Elizabeth tidak dipaksa berenang dalam keadaan letih atau melakukan aktiviti tersebut tanpa kerelaannya, Adam turut menggesa ibu bapa mengajar anak masing-masing berenang bagi mengelakkan mereka lemas ketika mandi-manda atau tergelincir ke dalam kolam renang. -DCM/DM

Sambung pembacaan anda di sini.



Safe: The parents of the swimming baby explain that their daughter is a determined little girl



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...