Thursday 26 September 2013

AKSI GILA LELAKI INI BUAT ANDA KECUT PERUT!





AKSI GILA LELAKI INI BUAT ORANG KECUT PERUT | Gila! Itulah yang boleh diucapkan bila melihat video di bawah ini. Dalam video berkenaan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mustang Wanted begitu yakin mengimbangi badannya sewaktu meniti pelantar kren yang berada di kedudukan 150 meter tinggi.

Tidak cukup dengan itu, dia turut meniti dan bergayut di besi-besi halus dengan hanya berbekalkan kasut yang bagus, skil imbangan dan kekuatan tangan. Kita yang menonton pula terasa berpeluh tapak tangan dan takut macam nak terjatuh bila-bila masa sahaja.

Pendek kata jika tersilap langkah, dengan mudah lelaki ini akan terjunam ke bawah dan hancur!

Bagaimanapun, Mustang Wanted yang tinggal di Ukraine ini memang dikenali sebagai penggila aksi-aksi begini dan sering memfilemkannya di laman web dan Facebook.

Cuma, tidak semua penonton mampu menerima ‘sukan’ ekstrem cara ini. Antara yang membantah, menjelaskan mengapa mereka tidak bersetuju di ruangan komen.

Antaranya, mereka bimbang jika aksi ini ditiru oleh kanak-kanak atau orang yang tidak profesional.

Tidak kurang juga, yang risau jika satu hari nanti Mustang Wanted akan tersilap langkah dan nyawanya menjadi galang ganti.

TONTON VIDEO AKSI STUNT MUSTANG WANTED DI BAWAH.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...