Hidayah boleh datang dari mana saja tanpa diduga . Seorang bekas tentera British dari kesatuan Territorial Army, Lucy Vallender (28 tahun) mendapat hidayah ketika ia menonton acara TV mengenai Islam.
Kemudian Lucy, yang pada asalnya adalah seorang lelaki yang bernama Laurens telah menukar jantinanya menjadi perempuan dan memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, dia memakai tudung dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu.
Tidak berapa lama kemudian dia bertemu dengan Murad, seorang lelaki Muslim yang dikenalinya di internet. Kemudian mereka berkahwin dan Lucy menjadi isteri kedua Murad yang telah memiliki 2 anak. sumber
NOTE: Sebelum kita menilai sendiri pekara seperti ini,haruslah kita rujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif tentang hukum-hukum yang berkaitan..
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).
Bahkan 'Abdullah ibn' Abbas r.a. menerangkan bahawa:
"Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. "(Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah ra.
No comments:
Post a Comment