Thursday 5 September 2013

Senyuman `The Joker’ Diperkenalkan Di Korea


Seoul –Satu prosedur pembedahan bibir bagi menjadikan senyuman seperti watak `The Joker’ dalam filem Batman telah diperkenalkan kepada penduduk di Korea Selatan.

Melalui prosedur pembedahan itu, ia akan membentuk senyuman kekal di hujung bibir.

Prosedur dikenali sebagai `Smile Lipt’ diperkenalkan oleh sebuah klinik, AONE.

Selepas prosedur itu dilakukan, mulut akan kelihatan seperti tersenyum biarpun pesakit sebenarnya tidak senyum.


Namun terdapat risiko yang akan dialami pesakit iaitu kesan parut malah prosedur pembedahan itu berisiko tinggi dan menyakitkan.

Dalam pada itu, satu rakaman video Youtube yang dimuatnaik oleh klinik berkenaan menyatakan secara umumnya, `orang barat’ mempunyai senyuman yang lebih luas dan ruang tepi bibir yang lebih tinggi berbanding penduduk Korea.

Justeru, sesiapa sahaja di kalangan penduduk di negara tersebut boleh memiliki senyuman berkenaan.

Tidak diketahui sama ada senyuman The Joker ini akan mendapat perhatian atau tidak namun tidak dinafikan Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik paling tinggi di dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...