Thursday 19 September 2013

Sejarah Solat 5 Waktu


Sejarah Solat 5 WaktuSUBUHManusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar nabi Adam sembahyang dua rakaat.
Rakaat PertamaTanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat KeduaTanda syukur kerana siang telah menjelma.
 ZOHORManusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah nabi Ibrahimsebanyak 4 rakaat.
Rakaat PertamaTanda syukur bagi penebusan
Rakaat KeduaTanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat KetigaTanda syukur dan memohon keredhaan Allah SWT
Rakaat KeempatTanda syukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas
ASARManusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu sedang masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu sembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan dari 4kegelapan iaitu:
Rakaat PertamaKelam dengan kesalahan
Rakaat KeduaKelam dengan air laut
Rakaat KetigaKelam dengan malam
Rakaat KeempatKelam dengan perut ikan Nun
MAGHRIBManusia yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat PertamaUntuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t
Rakaat KeduaUntuk menafikan tuduhan dan tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat KetigaUntuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t semata-mata, tiada dua atau tiganya
 ISYAKManusia yang pertama mengerjakan solat Isyak pula ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negara Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda syukur.
Rakaat PertamaTanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat KeduaTanda dukacitanya pada saudaranya Nabi Harun
Rakaat KetigaTanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat KeempatTanda dukacita terhadap anak Firaun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...