Friday 20 September 2013

Himpunan Foto Perkahwinan Black & Naquia


Jumaat lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti iaitu Black sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Naquia dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz, juara Mentor musim ketiga yang merupakan anak didik kepada Mas Idayu itu selamat diijabkabulkan dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26 telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaiti Mohamad Khairi Abu Hassan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Alkhatab, Bukit Damansara iaitu Mohamad Syukri Yaacob.
Naquia Yasirah atau lebih mesra dengan panggilan Cira Khairi menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12 000.
Majlis resepsi telah diadakan pada malam Sabtu, 14 September juga bertempat di Zebra Square di mana pelawak Nabil Ahmad muncul sebagai pengacara. Antara selebriti yang turut hadir pada majlis resepsi mempelai ini ialah Umie Aida, Mas Idayu, Farawahida, Tomok, Iqram Dinzly, Norish Karman dan Ifa Raziah.
Black pada malam bersejarah buatnya itu juga turut berduet dengan RJ untuk menyampaikan lagu Si Merah Si Putih yang merupakan lagu baru gandingan mereka berdua.
Istimewa untuk pembaca Murai, berikut ialah sebahagian dari foto-foto menarik majlis akad nikah dan majlis persandingan Black dan isterinya. Hiasan pelamin pasangan ini ialah hasil karya Anuar Faizal dari ADESIGNHOUSE dan jurudandan pula ialah Emel Ismail.
Himpunan Foto Perkahwinan Black & Naquia
Himpunan Foto Perkahwinan Black & Naquia
Himpunan Foto Perkahwinan Black & Naquia
Himpunan Foto Perkahwinan Black & Naquia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...