Mandi tanpa air? Bagaimana caranya? Bagi kita di negara-negara tropika mungkin kurang berguna, kecuali kalau di waktu malam, atau di tempat yang sejuk, atau bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim (musim sejuk).
Seorang mahasiswa Afrika Selatan, Ludwick Marishane berjaya mencipta penemuan baru. Bahkan, hasil dari pemuannya itu diakui dunia antarabangsa.
Diilhamkan oleh seorang temannya yang terlalu malas untuk mandi dan beberapa bulan penyelidikan melalui internet, mahasiswa berusia 22 tahun di University of Cape Town itu mencari jel jernih yang berfungsi sebagai sabun dan air untuk membersihkan kulit.
"Ia malas dan ia pernah mengatakan,` kenapa tak ada orang yang mencipta sesuatu yang boleh diletakan di kulit dan orang itu tidak perlu mandi `," kata Marishane .Reuters.
Produk yang diberi nama DryBath itu membuatkan Marishane memenangi "2011 Global Student Enterpreneur of the Year Award" dan banyak diminati di Afrika, di mana kemudahan kesihatan asas terhad dan beratus-ratus juta penduduknya sukar mendapatkan air.
Produk itu berbeza daripada bahan cuci tangan antibakteria yang biasanya beraroma alkohol. Penemuan Marishane berupa selaput biodgradabel tidak beraroma bertidak sebagai pelembab.
Dia mendapatkan idea untuk membuat jel itu kerana rakanya di kampungnya yang ada di daerah pedalaman mengatakan bahawa mandi ketika musim sejuk sangat menyusahkan, dan jadi makin menyusahkan kerana tidak ada air panas.
Ia kemudian mencari maklumat untuk membuat formula yang dia inginkan dari Google dan Wikipedia menggunakan telefon bimbitnya. Dan enam bulan kemudian ia berjaya menemui formula DryBath dan mendapatkan paten untuk produk yang kini dibuat secara komersial.
Pelanggan utama produk itu adalah syarikat penerbangan global yang melakukan penerbangan jarak jauh serta kerajaan, untuk keperluan tentera.

No comments:
Post a Comment