Monday 5 August 2013

Bertubuh Kecil Seperti Bayi Tetapi Berusia 15 Tahun


Saat melihat susuk tubuh budak perempuan ini, pasti anda akan berfikir bahawa ia adalah anak kecil yang baru berusia 2 tahun. Tetapi budak perempuan yang bernama Pei Shan ini akan berusia 15 tahun pada 5 Ogos ini.

Pei Shan merupakan putri pasangan Teo Qi Kuang (54) dan Florence Chew (44). Sejak Florence mengandung, ia kelihatan seperti pasangan lain yang ingin segera mendapat anak, melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut buah hatinya.

"Saya membaca banyak buku untuk mencari maklumat dan bahkan membeli sebuah jurnal. Semua disiapkan untuk memetakan bagaimana tahap perkembangan bayi kami. Saya bahkan merancang untuk mendaftarkannya ke acara bayi. Tapi perkembangannya berhenti pada umur tiga bulan," tutur Florence.

Dipetik dari Asiaone, pada Jumat (2/8/2013), Pei Shan dirawat di rumah sakit pertama kali saat umurnya empat bulan. Dikala itu ia menunjukkan tanda stridor, sebuah gejala mengi bernada tinggi yang mana terjadi pembuka antara pita suara menjadi sempit.

"Pekara Itu terjadi ketika doktor memperhatikan bahawa ternyata tungkainya lebih pendek dari bayi normal seumurnya. Kami dinasihatkan untuk memperhatikan keadaan pertumbuhan fizikalnya, kerana pertumbuhan fizikal anak perempuan terkadang lebih lambat," terang Florence mengingat kejadian pada saat Pei masih kecil.

Teo berkata, "Satu keadaan (kesihatan) akan muncul selepas yang lain. Setiap kali kami pikir kami akan boleh mengatasi salah satu rintangan, pukulan lain akan datang dan kami harus melewati situasi penderitaan serta emosi yang naik turun. Itu kelihatannya tidak akan berakhir."

Hingga saat ini, doktor belum boleh mendiagnosis keadaan perubatan Pei Shan secara tepat. Pei Shan akan berumur 15 tahun pada tarikh 5 Ogos ini. Tapi ia terjebak di dalam tubuh bayi yang gemuk. Dan kelihatan seperti bayi, Pei Shan juga menggunakan lampin.

"Kebahagiaan kami sebagai orang tua berbalik menjadi putus asa. Terkadang saya tertanya-tanya, kenapa kami? Apa yang telah saya lakukan di kehidupan sebelumnya hingga saya harus membayarnya sekarang? Pada awalnya, kami hanya fokus dalam cuba untuk mengatasi keadaan, tidak ada masa untuk memikirkan yang lain, "keluh Teo.

Terkadang ketika hendak tidur, Teo berharap tidak akan bangun lagi pada esok paginya. "Tapi pantas saya mengingatkan diri saya bahawa pekara itu sangat tidak bertanggung jawab. Anak dan isteri saya akan sendirian mengurus diri," katanya.

Florence, ibu dari Pei Shan, akhirnya berhenti dari pekerjaannya sebagai pegawai bank agar boleh menjaga Pei Shan sepanjang hari pada ketika umur Pei Shan sembilan bulan. Dan saat ini ia menjadi ibu yang sensitif pada setiap suara yang datang dari bilik anaknya.

"Saya boleh mendengar suara dari gelang kaki yang digunakannya bahkan saat saya sedang berada di dalam tandas atau dapur. Atau saat ia memanggil, 'mee' ( mami), dan saya boleh mendengarnya memanggil saya. Dia bergerak pun saya boleh mendengarnya. Bahkan jika sedang bising, "tuturnya.

Ketika umur Pei Shan berusia sekitar dua tahun, ia masuk sekolah khusus Margaret Hard School selama satu tahun. Tapi jika ia berada di luar, itu ertinya ia akan lebih terdedah terkena jangkitan. Kerana itu Pei Shan harus mengikuti home schooling.

"Pernah sekali, tahap oksigennya turun hampir sifar dan tubuhnya menjadi biru. Kami hampir kehilangan dia. Bila saja dia dijangkiti dan harus dirawat, ia harus melewati pusingan penderitaan. Doktor merasa sukar untuk mengambil darahnya untuk ujian, kerana mereka tidak dapat mencari venanya, "kata Teo.

Teo berkata bahawa walaupun sakit, Pei Shan tidak menangis. Seperti Pei Shan tahu jika menangis maka dirinya akan menyakiti hati kedua orang tuanya. Meski pun demikian terkadang orang tuanya melhat ada titisan air mata di sudut mata gadis kecil itu.

"Saya pernah berkata pada Pei Shan, 'jika satu hari nanti kamu berada di rumah sakit untuk memperjuangkan hidupmu dan kamu merasakan sakit yang tidak tertahankan, lepaskan saja, pasrahkan saja, mami akan membenarkan kamu melakukannya'," jelas Florence.

Ia menambahkan, "Saya katakan kepadanya bahawa ia akan pergi ke syurga dan ia tidak perlu bimbangkan saya dan ayahnya. Pei kemudian bertanya, 'Lalu apa yang akan dilakukan Mami dan Papa?'"

"Lalu saya menjawab bahawa ayahnya mungkin terus bekerja dan saya akan merawat anak lain yang menderita atau neneknya. Pei Shan kembali bertanya, 'Lalu apa yang akan aku lakukan di syurga?' Saya katakan kepadanya bahawa ia akan menjadi malaikat. Malaikat kecil kami di syurga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...