Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

Peronda Polis UK Menggunakan Kereta Proton

Kita dah biasa melihat kereta Proton digunakan sebagai kereta peronda PDRM. Mari lihat kereta Proton yang digunakan oleh Humberside Police , Yorkshire England.

Peronda Polis UK Menggunakan Kereta Proton

Tarian Paling Pelik Di Dunia Tanpa Seurat Benang (Video)



VANCOUVER - Kokoro Dance adalah sebuah tarian tanpa seurat benang yang telah dipersembahkan di Wreck Beach, Vancouver, Canada. BBB juga tidak faham sangat apakah motif persembahan ini namun ia adalah sebuah tarian yang sangat pelik!

Sama-sama kita saksikan tarian ini pada video di bawah. AMARAN KERAS! Anak-anak di bawah umur 18 tahun adalah DILARANG sama sekali untuk menontonnya.

Thursday, 5 September 2013

Senyuman `The Joker’ Diperkenalkan Di Korea


Seoul –Satu prosedur pembedahan bibir bagi menjadikan senyuman seperti watak `The Joker’ dalam filem Batman telah diperkenalkan kepada penduduk di Korea Selatan.

Melalui prosedur pembedahan itu, ia akan membentuk senyuman kekal di hujung bibir.

Prosedur dikenali sebagai `Smile Lipt’ diperkenalkan oleh sebuah klinik, AONE.

Selepas prosedur itu dilakukan, mulut akan kelihatan seperti tersenyum biarpun pesakit sebenarnya tidak senyum.


Namun terdapat risiko yang akan dialami pesakit iaitu kesan parut malah prosedur pembedahan itu berisiko tinggi dan menyakitkan.

Dalam pada itu, satu rakaman video Youtube yang dimuatnaik oleh klinik berkenaan menyatakan secara umumnya, `orang barat’ mempunyai senyuman yang lebih luas dan ruang tepi bibir yang lebih tinggi berbanding penduduk Korea.

Justeru, sesiapa sahaja di kalangan penduduk di negara tersebut boleh memiliki senyuman berkenaan.

Tidak diketahui sama ada senyuman The Joker ini akan mendapat perhatian atau tidak namun tidak dinafikan Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik paling tinggi di dunia.

Saturday, 24 August 2013

Latihan Khas Tentera Korea Selatan Di Musim Salji


Setiap tahun,tentera Korea Selatan menjalani latihan khas musim sejuk yang serius untuk mengukuhkan minda dan badan mereka dan untuk memastikan sejuk itu tidak memberi kesan kepada mereka dalam misi hidup.

Lebih daripada 200 rangers mengambil bahagian dalam sesi latihan musim sejuk melelahkan, dalam Pyeonghang, 180 km timur Seoul. Mereka melakukan gimnastik, berenang di dalam air berais, melontarkan salji di dada , membina tempat perlindungan salji, semuanya dilakukan pada suhu di bawah -30 darjah Celsius. Latihan melampau ini berlangsung selama sembilan hari.






Wednesday, 21 August 2013

WOW : Pakaian Jogging Yang Seksi



Peee, siapalah punya design baju jogging ini....?? terlampau...pelik!!


Nasib baik baju fit…ingatkan dah tak pakai apa-apa…..



Tak tunjuk perhatian lah ini kan


Add caption

Ohsenyum : Kereta Sport Keluaran Negara Arab


Kereta pertama keluar di negara arab iaitu LykanHypersport 
Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).


Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.Bagaimanapun,LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.



Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini.-Kosmo



Tuesday, 20 August 2013

GILA : Pengemis China Menjadi Terkaya Dan Terkenal


 gaya lelaki china Cheng Guorong

Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.




Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.


Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.


Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.


Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.


Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.-Kosmo

WOW: Banduan Paling Muda Di Dunia




François Bertillon yang berusia lebih kurang 2 tahun, telah ditangkap polis akibat melakukan kesalahan. Menurut pihak polis budak ini telah menggigit semua buah pear dari sebuah bakul tanpa kebenaran. Kata orang undang-undang tetap undang-undang kan….




WOW : (9 Gambar) Negara Japan Yang Pelik OMG


Negara japan memang pelik kan...dari segi budaya dan kehidupan mereka. tengok ini...









GILA : Tak Perna Makan Selama 5 Tahun


Seorang lelaki di Sri Lanka mendakwa tidak pernah menjamah makanan sejak lima tahun lalu meskipun pakar percaya manusia hanya dapat hidup selama dua bulan tanpa makanan.Lelaki berkenaan, Kirby de Lanerolle, mendakwa dia hanya memerlukan udara segar sebagai makanan.

Kirby juga berkata, kehidupan yang dilaluinya itu dapat melambatkan proses penuaan, sekali gus memanjangkan usianya.Dalam satu temubual dengan rancangan televisyen Taboo USA, Kirby berkata, sumber tenaga semulajadi adalah lebih baik daripada memasukkan makanan berkalori ke dalam badan.

Dia bagaimanapun mengaku pernah sekali makan makanan yang mengandungi 500 kalori kira-kira 10 bulan lalu namun dakwanya, makanan itu telah menjadikannya sakit.“Dalam keadaan ini, jika saya makan makanan, ia membuat saya berasa penat,’’ katanya.
Menurut portal odditycentral.com, Kirby merupakan penagih dadah ketika berusia 16 tahun.Dia pernah merangkul pingat emas dalam kejohanan menembak peringkat kebangsaan untuk junior pada 1995 dan juga seorang usahawan yang berjaya.Jelas Kirby, dia berbuat demikian selepas membaca mengenai manusia yang tidak makan selama enam tahun dan tidak minum air selama 40 hari 40 malam.Selain itu, juga juga yakin dengan penulisan seorang guru yang menyatakan bahawa kanser, diabetis dan jantung adalah disebabkan oleh makanan.-mynewshub.my

WOW: Cuba Teka Anak Siapa Gadis Ini??



Perempuan ini adalah anak kepada seorang artis hollywood yang terkenal di dunia.....!! kenal???? agak-agak siapa ek?
Nama perempuan ini adalah Jane Erin Carrey
 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nak Tahu siapa???
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Anak Kepada James Eugene "Jim" Carrey 

James Eugene "Jim" Carrey 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...