Thursday, 8 August 2013

ISU MAT LUTHFI KONGSI GAMBAR KONTROVERSI DI PAGI SYAWAL!





ISU MAT LUTHFI KONGSI GAMBAR KONTROVERSI MELAWAT KATEDRAL MILIK ANGLO-KATOLIK DI PAGI RAYA | Mat Luthfi yang popular di laman youtube dengan pelbagai video yang penuh dengan isi tersirat dan tersurat dikecam peminatnya di 1 syawal kerana telah berkongsi gambar beliau melawat Katredal milik Anglo-Katolik.

Tidak beraya di masjid pagi ini kerana ada site visit di sebuah katedral milik Anglo-Katolik. Mak cik ni jemput datang Ahad nanti untuk ceramah dan muzik.
"We welcome everybody. Doesn't matter who you are."
"So does my religion." 
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf zahir batin.

Apa yang ingin Mat kongsikan sebenarnya penuh dengan isi tersirat yang mungkin tidak sampai kepada mereka yang tertutup mindanya.

Kita di Malaysia sebenarnya umpama katak di bawah tempurung yang hanya menurut apa yang media sampaikan.

Kita juga sebenarnya hanya mengikut kata-kata pemimpin yang mungkin ada agenda tersendiri untuk kepentingan diri mereka.

Kitalah, rakyat Malaysia yang hanya tahu melenting jika agama kita "dipermainkan" tanpa menyiasat apakah yang ingin disampaikan oleh mereka yang kononnya "menghina" kesucian agama kita.

Kita jugalah yang sebenarnya tanpa sedar telah menghina agama kita sendiri dan sangat berang andai agama kita dihina.

Kitalah juga yang suka mengkafirkan sesama kita yang dikatakan bersaudara.

Mat sebenarnya ingin memupuk nilai toleransi antara kaum khususnya antara agama yang sejak akhir-akhir ini menjadi sangat sensitif ekoran terdapat beberapa individu yang mungkin kurang kesedaran akan sensitiviti agama lain dan agama sendiri.

Ramai yang mengecam dan ramai juga yang menyokong tindakan Mat.

Yang membuat penulis tertarik apabila orang Sabah turut memberikan pendapat mereka mengenai penganut agama Kristian dan Islam boleh saja hidup aman harmoni walaupun berbeza kepercayaan.

Kalau korang rasa tindakan Mat tak betul, ada baiknya korang duduk luar negara setahun dua dan lihat sendiri bagaimana negara lain memupuk toleransi antara kaum berlainan agama sesama mereka.

Jom baca komen peminat Mat di bawah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...