Showing posts with label aneh. Show all posts
Showing posts with label aneh. Show all posts
Thursday, 26 September 2013
Tuesday, 24 September 2013
GADIS 13 TAHUN ADA HATI NAK JADI PRAMUGARI
REMAJA BARU BERUSIA 13 TAHUN DAH NAK JADI PRAMUGARI | CHINA – Baru berusia 13 tahun namun sudah pandai menipu. Dengan memakai baju seragam pramugari Syarikat Penerbangan China, Luo Siqi berkeliaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou sambil membawa dokumen mengenai syarikat itu.
Meskipun berkali-kali ditangkap oleh polis, dan dihantar ke pusat kebajikan kanak-kanak, namun Luo Siqi tetap kembali semula ke situ.
“Saya amat sukakan langit. Biar saya ke lapangan terbang,’’ katanya ketika berulang kali merayu kepada polis.
Remaja itu ditinggalkan oleh keluarganya sebaik sahaja dia dilahirkan dan sejak itu sering keluar masuk ke rumah kebajikan.
Dia hanya menamatkan pengajian di sekolah rendah sahaja dan pernah dimasukkan ke rumah jagaan orang-orang tua sebelum dipindahkan ke rumah keluarga angkat di Luoding.
Namun pada bulan Julai lalu, Luol mengemas baju dan melarikan diri dari situ.
Dia dilaporkan menempah baju pramugari itu melalui dalam talian dan memesan empat jenis seragam untuk musim berbeza.
Saturday, 21 September 2013
Sedih.. Gagal Hubungi Suami Dalam Kubur
Lain orang lain ragamnya.. Percaya tak wanita ini masih mampu melakukan hubungan batin dengan arwah suaminya yang telah meninggal dengan hanya menyentuh tanah dikubur suaminya.. Namun apa cer? Kenapa sekarang dia tak mampu nak buat macam tu lagi? Nak tahu teruskan pembacaan laporan yang admin kongsikan di bawah..
![]() |
Pipik Dian Irawati |
Jakarta: Isteri kepada Jefri Al Buchori atau Uje, Pipik Dian Irawati kecewa apabila mendapati kubur ulama selebriti itu diubah suai menyebabkan dia tidak lagi mampu berhubung ‘secara batin’ dengan arwah suaminya.
Kata Pipik, biasanya dia melepas kerinduannya terhadap Uje dengan memegang tanah di pusara berkenaan.
Namun, katanya, kini ia tidak bisa lagi melakukannya karena sudah ditutupi dengan marmar. “Saya sering duduk di tanah walaupun ia akan mea baju.
“Dengan cara itu saya boleh melakukan hubungan secara batin dan saya boleh menangis,” katanya. Dalam keadaan itu, kata Pipik, dia berasa seolah-olah dapat memeluk Uje.
“Selepas kuburnya diubah suai dan dihiasi marmar, saya cuma mampu berdiri dan melihat sekeliling.
“Terasa seperti ada kejanggalan,” katanya.
Turut sedih dengan perubahan pada kubur Uje ialah keempat-empat anak pasangan terbabit. Sebelum bergelar pendakwa, Uje, 40, pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah serta sering berfoya-foya. Dia juga pernah berlakon filem.

Dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 26 April lalu. - Agensi
Friday, 20 September 2013
SERIUS??? Pakar pukau boleh besarkan payu dara

GAMBAR menunjukkan Knight memukau seorang wanita.
LONDON - Seorang pakar hipnosis atau pukau di Britain, David Knight mendakwa dia dapat membesarkan payu dara wanita dengan memukau mereka.
Knight menyatakan, kaedah pukau yang dicipta olehnya berhasil terhadap 85 peratus wanita manakala hampir separuh daripada mereka memakai coli lebih besar selepas mengikuti rawatan tersebut.
Dia turut merakamkan kaedah tersebut dalam bentuk cakera padat yang dijual kepada orang ramai dengan jaminan wang akan dikembalikan sekiranya ia tidak berhasil.
Sebagai pengamal hipnosis, Knight telah mengadakan 4,000 persembahan pentas secara profesional di Britain dan luar negara selain memukau lebih 40,000 sukarelawan. - Agensi
HEBAT! - IBU MUDA TUNGGANG BASIKAL SAMBIL SUSUKAN ANAK
Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin. Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.
Saksi berkata, wanita itu menyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal. Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.
AKSI ibu muda yang menyusukan anaknya sambil menunggang basikal berenjin.“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik. Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.
Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.
Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.
Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - Agensi
Thursday, 19 September 2013
Sekolah Ikan Duyung Di Filipina
Terletak di Manila, Filipina, Mermaid Swimming Academy adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi mereka yang selalu ingin menjadi putri duyung.
Setiap sesi pelajaran dikenakan caj US $ 40 dengan tempoh dua jam, pelajar dididik oleh penyelam dan perenang profesional. Pelajar akan belajar bagaimana untuk berenang dengan menggunakan "ekor", membuat buih gelembung , melakukan tendangan lumba-lumba dan berdiri dengan tangan, belajar untuk mempunyai keindahan dan keanggunan putri duyung.
Anabelle Jimenez, seorang tenaga pengajar di sekolah, berharap dapat menanamkan susana bermain dan keindahan yang berhubunganan dengan putri duyung kepada murid-muridnya. Bagi orang yang takut air, mereka boleh memakai pakaian putri duyung dan duduk cantik untuk sesi bergambar.

Video' Wanita Ini Minum Melalui Telinga
Praha, Minum pakai straw melalui mulut itu sudah biasa, tapi kalau minum pakai straw melalui
telinga, itu baru luar biasa atau malah mustahil. Penghuni dunia maya digegerkan oleh sebuah video di Youtube yang menunjukkan seorang wanita yang boleh minum bir lewat telinga.
Video yang dimuat naik minggu lalu ini diberi judul dalam bahasa Czech yang artinya 'Video mustahil, wanita minum bir melalui telinganya'. Di situ menunjukkan seorang wanita dalam Beer Festival Tahunan Czech VI yang diadakan di bandar Prague,seorang wanitaminum bir dengan melalui telinganya menggunakan straw.
Tayangan tersebut bermula dengan seorang wanita berbaju hijau meminta straw dari rakan-rakannya. Sambil memasukkan straw ke dalam segelas bir, sedangkan hujung straw lain dimasukkan di telinganya. Ajaib, wanita itu boleh menghabiskan segelas bir menggunakan straw melalui telinganya sambil disorak oleh rakan-rakannya.
Belum jelas diketahui siapa sebenarnya wanita di dalam video tersebut. Yang pasti, video ini menjadi tanda tanya orang yang menontonnya. Walaupun bir yang disedut tidak lama dipaparkan dalam video, tapi nampaknya tidak kelihatan alat yang boleh digunakan untuk membuang bir di dalam cawan secara diam-diam.
Memang secara teknikal, ada satu saluran antara telinga dan tekak yang disebut tabung Eustachio. Saluran kecil ini berfungsi menyeimbangkan tekanan antara telinga luar dan telinga tengah. Namun antara telinga bahagian dalam dan liang telinga dihadkan oleh sebuah membran dipanggil gendang telinga.
Menurut Pakar seperti dipetik dari Daily Mail, Kamis (16/5/2013), kemampuan aneh wanita ini dimungkinkan jika gendang telinganya berlubang. Namun aksi seperti ini berisiko boleh menyebabkan jangkitan atau bahkan gangguan pendengaran. Cecair boleh terperangkap di belakang gendang telinga lalu menyebabkan komplikasi.

Wanita Di Negara Ini Hidup Seperti Lelaki
Tradisi ini bermula sejak beberapa ratus tahun yang lalu di daerah Balkans, suatu wilayah terletak di tenggara Europe. Ada sebuah undang-undang purba yang bernama Kanun, dimana larangan ketat ketidak-bebasan kaum wanita.
Kaum wanita tidak boleh mengikuti pilihan raya, memandu kereta, menjalankan perniagaan, minum minuman beralkohol, merokok, memiliki senjata api atau menggunakan seluar panjang. Ini hanya dibenarkan untuk kaum lelaki sahaja.
Anak perempuan yang masih muda biasanya diatur perkahwinannya dengan lelaki dari desa lain, yang umurnya jauh lebih tua. Jika sebuah keluarga tidak mempunyai anak laki-laki, mereka mungkin kehilangan semuanya.
Untuk mendapatkan hak-hak seperti lelaki, kaum wanita harus menjadi Sworn Virgins, ertinya perawan atas dasar sumpah. Mereka akan memotong rambut hingga pendek, menggunakan pakaian lelaki dan bahkan menukar namanya. Mereka berlatih agar dapat bertingkah laku seperti lelaki, yang pada akhirnya menjadi kebiasaan mereka.
Sworn Virgins, yang juga dikenali sebagai burrnesha atau virgjinesha, masih ada sehingga sekarang walaupun tinggal sedikit. Tetapi kerana kehidupan moden mula tersebar di kampung-kampung yang ada di Albania, tradisi ini hampir punah.
Monday, 16 September 2013
[Kreatif + Aneh]: Alat Masak Daging Burger Guna Paip Ekzos Kereta
Lazimnya, memasak daging burger memerlukan sejenis kuali panjang dan rata serta api yang perlahan bagi memastikan daging burger dimasak dengan sempurna..Namun, terdapat sejenis alat yang mampu memasak burger tanpa memerlukan dapur dan alat memasak yang lain, cukup sekadar hanya mempunyai kereta..Nak tahu kenapa? Meh baca kat bawah ni..
'The Exhaust Burger' merupakan satu evolusi untuk konsep barbeku mudah alih yang telah direka oleh pasukan pereka perindustrian dari Iran. Alat yang agak aneh ini akan dipasang pada ekzos kenderaan dan menggunakan haba dari ekzos tersebut untuk memasak daging burger. Rekaan ini telah dicipta untuk pertandingan rekaan "Dining in 2015".
Menurut nota daripada ahli pasukan ini:
Burger yang dimasak daripada ekzos ini mampu membuktikan kepada diri anda betapa prihatinnya anda kepada alam sekitar, menggunakan tenaga yang sepatutnya di sia-sia kan.
Apa yang anda perlu ada adalah kuantiti bahan api yang besar dan tiada aksesori memasak yang membebankan yang diperlukan dalam perjalanan anda untuk mengembara.
Bekas Tentera Ini Menukar JANTINA, Memeluk Islam Dan Berkahwin
Hidayah boleh datang dari mana saja tanpa diduga . Seorang bekas tentera British dari kesatuan Territorial Army, Lucy Vallender (28 tahun) mendapat hidayah ketika ia menonton acara TV mengenai Islam.
Kemudian Lucy, yang pada asalnya adalah seorang lelaki yang bernama Laurens telah menukar jantinanya menjadi perempuan dan memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, dia memakai tudung dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu.
Tidak berapa lama kemudian dia bertemu dengan Murad, seorang lelaki Muslim yang dikenalinya di internet. Kemudian mereka berkahwin dan Lucy menjadi isteri kedua Murad yang telah memiliki 2 anak. sumber
NOTE: Sebelum kita menilai sendiri pekara seperti ini,haruslah kita rujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif tentang hukum-hukum yang berkaitan..
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).
Bahkan 'Abdullah ibn' Abbas r.a. menerangkan bahawa:
"Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. "(Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah ra.
Saturday, 24 August 2013
Bayar Pampasan 8 Guni Syiling Kerana Tidak Berpuas Hati
Pasangan suami-isteri asal Bandar Kunming, China kebingungan saat menerima pampasan dari restoran yang dituntutnya. Pasalnya, restoran itu membayar pampasan dalam bentuk ratusan ribu syiling.
Yahoo News, kes tersebut bermula ketika Wu Qian dan suaminya makan di sebuah restoran.
Suaminya dipukul pelayan restoran setelah memprotes keadaan makanan yang tidak bersih.
Pasangan itu lalu menfailkan saman keatas restoran tersebut di mahkamah atas tuduhan penganiayaan. Dalam keputusannya, mahkamah memerintahkan pihak restoran membayar pampasan sebanyak 68 ribu Yuan .
Pemilik restoran seperti tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan menghantar sebahagian wang pampasan dalam bentuk wang syiling.Pihak restoran menghantar sekurang-kurangnya lapan karung syiling dengan berat lebih dari 400 kilogram (kg).
Wu terpaksa berulang alik mencari bank yang mahu mengira dan menyimpan syiling tersebut. Bank Perdagangan dan Industri China adalah satu-satunya bank yang mahu melayani mereka. Pihak bank mengarahkan 18 pekerja hanya untuk mengira segunung syiling.

Perayaan Beri Makan Kepada Buaya
Pesta buaya adalah satu perayaan yang unik di Karachi, Pakistan. Ia adalah perayaan yang diadakan oleh kumpulan etnik yang dipanggil Sheedis. Adalah dipercayai bahawa Sheedis datang sebagai hamba dari Afrika.
Festival itu diadakan di kuil di Manghopir sejak abad ke-13.Semasa perayaan ini Sheedis akan membuat ikrar di kuil. Ikrar ini kemudian diberikan kepada buaya melalui makanan iaitu daging kambing segar.
Apabila buaya menerima daging tersebut ia akan dilihat sebagai tanda nasib yang baik. Mereka percaya bahawa buaya tidak akan menyerang kerana mereka adalah pengikut wali yang dikenali sebagai Khwaja Hasan. Sheedis juga akan menari dan menyanyi di pesta ini.
Seorang bapa juga akan meletakkan bayi di atas rahang buaya untuk mendapat restu dan rahmat bagi bayi itu.
Wednesday, 21 August 2013
PERGH : Ganja Ditanam Dalam Rumah Mewah
Sebuah ladang ganja yang “canggih dan mewah” ditemui polis di bangunan tidak dijangka sebuah kediaman mewah berciri zaman silam bernilai 750,000 (RM3.7 juta), semalam.Di rumah mewah itu, polis Britain menemui pokok ganja bernilai 160,000 (RM781,500) yang ditanam di semua tujuh bilik tidur yang ada.
Rumah itu terletak di Whitworth, berhampiran Rochdale.Bangunan berkenaan yang dikelilingi taman dan tiga ruang tamu, kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM3.7 juta.
Ejen hartanah menganggap bangunan itu sebagai unik kerana dibina dengan ciri era zaman Victoria. Jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pokok ganja ditemui ditanam dalam rumah itu dan membesar dengan bantuan haba dari lampu dan kipas. Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki membekalkan pokok ganja itu.-mymetro
WOW : Pakaian Jogging Yang Seksi
Tuesday, 20 August 2013
GILA : Wanita 53 Tahun Gila Sex
Kurang belaian daripada suami menjadi alasan kepada seorang isteri berusia 53 tahun menjadi liar dengan ‘memburu’ lelaki muda untuk memenuhi tuntutan batinnya.Walaupun bergelar nenek, Rina (bukan nama sebenar) membuat pengakuan mengejutkan kepada wartawan Metro Ahad apabila mendakwa melakukan hubungan kelamin berulang kali dengan lebih 30 lelaki muda berusia 20-an hingga 30-an sejak lapan tahun lalu.
Rina yang bertugas sebagai eksekutif syarikat swasta di ibu kota mendakwa tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan ‘pucuk muda’ secara percuma selepas menjadi ahli aktif dalam sebuah laman sosial antarabangsa untuk mencari kenalan baru lelaki yang boleh dijadikan teman ranjang.
Pemantauan Metro Ahad mendapati lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, mendaftar dalam laman sosial itu. Individu terbabit yang berusia lingkungan 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.

Wartawan berjaya mendapatkan pengakuan eksklusif Rina selepas bertemunya di sebuah restoran di Shah Alam, setelah beberapa kali berbual di laman sosial itu dan bertukar-tukar gambar dengannya.-mymetro
Subscribe to:
Posts (Atom)