Monday, 5 August 2013

Saintis Ini Mengaku Boleh Menghidupkan Orang Mati


Sam Parnia, 41, doktor saintis di Perubatan Universiti Stony Brook, New York, Amerika Syarikat mengaku boleh menghidupkan orang yang baru saja meninggal.

Dalam bukunya Menghapus Kematian dia berkata: Kita boleh menyelamatkan orang dari kematian selama beberapa jam, atau bahkan lebih lama setelah mereka benar-benar meninggal, "seperti dipetik dari majalah Der Spiegel, dua hari lalu.

Menurut Parnia, dalam satu dekad terakhir ilmu perubatan telah menunjukkan banyak kemajuan. Dengan ubat-ubatan ketika ini, manusia boleh dihidupkan selama dua jam, bahkan lebih lama selepas jantung mereka berhenti berdenyut. "Di masa hadapan kita boleh menyuntik ubat yang boleh melambatkan proses kematian sel di otak atau organ lain," katanya.

Ketika Parnia masih mahasiswa 20 tahun lalu, seorang pesakit yang dia kenali telah meninggal. Peristiwa itu mendorong dia untuk mengetahui proses kematian dan cuba melawannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...