Saturday 3 August 2013

Curahan hati Angelina Jolie Selepas Tiada Payudara


Selepas memutuskan untuk membuang kedua payudaranya (mastektomi), kini Angelina Joliemencurahkan isi hatinya di majalah Time. Dalam edisi Time tersebut, Jolie bercerita tentang dirinya yang menjalani ujian genetik.
Angelina Jolie
“Ibu saya berjuang melawan kanser selama hampir sepuluh tahun dan meninggal pada usia 56 tahun,” tulis Angelina Jolie seperti dipetik Sheknows.
Jolie merasa sedih ketika melihat ibunya menahan diri untuk memeluk cucunya. “Jadi anak saya juga seperti tidak mempunyai peluang untuk mengenalnya dan mencintainya”.
“Setelah saya tahu bahawa ini adalah jalan hidup saya, saya memutuskan untuk menjadi proaktif dan seboleh mungkin mengurangkan risiko kanser payudara,” ujarnya.
Tidak hanya itu. Jolie juga menulis kalau dirinya selalu mengatakan kepada keluarganya untuk tidak bimbang. Tapi sebenarnya Jolie juga tahu kalau dirinya membawa gen BRCA1 (sel pembawa kanser) yang sangat berisiko terhadap kanser payudara dan kanser ovari.
“Saya mempunyai peluang 87 peratus terkena kanser payudara dan 50 peratus risiko kanser ovari,” jelasnya.
Jolie mengakui ingin menuliskan perkara ini kerana ingin memberitahu wanita lain bahawa keputusan untuk memiliki mastektomi tidak mudah.
“Tapi dengan mastektomi, kesempatan saya terkena kanser payudara menurun dari 87 peratus menjadi di bawah 5 peratus. Saya juga memberitahu anak-anak saya bahawa mereka tidak perlu takut kehilangan saya kerana kanser payudara,” tulisnya.
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...